BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

Misi Daniel 5

Suasana sekitar pantai yang sebelum ini hanya ditemani oleh alunan-alunan gemersik ombak menjadi bising dan gamit dengan kehadiran kami. Sejak dari dahulu lagi apabila SG berkumpul dan memulakan aktiviti, suasana yang sunyi boleh menjadi bising. Sehinggakan kami pernah di halau keluar dari sebuah premis makanan yang terkenal di kawasan Kuching dek kerana perangai yang kekadang aku boleh katogerikan ‘sewel’. Hahaha….

“Eerrmm…lagu yang bakal aku dendangkan ini aku tujukan khas kepada sahabat baikku, Arinna Hani.” Petikkan gitar daripada Herlin membuatkan aku yang syok dok berkhayal terpana seketika. Eh, kenapa pulak Herlin ni? Dah buat tabiat ke apa? Eh jap, dia reti main gitar ke? Tak pernah pun aku tengok dia main gitar sebelum ni?

“Setiap hari ku tulis

Yang ku telah jatuh cinta

Tapi ku rasa bersalah tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa

Apa yang sedangku rasa

Kepada tancap asmara

Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyinta mu

Maaf jika ku tak padan denganmu

Tapi ku berjanji kau juwita hati

Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu

Maaf aku yg terlanjur merindu

Didalam hujan renyai

Aku mengintai langit

Mengharap engkau akan setuju

Menyintai aku”

Adoi, Lin ni. Aku dah nak nangis dah ni. Dah lah aku memang berkhayalkan mamat sepet tu tadi. Macam tahu-tahu pulak minah sekor ni. Dia ni ada kuasa psikik ke?

“Oh air mata, janganlah kau turun di kala semua gang-gang ku ada di sini.” Kataku dalam hati. Takkan tetiba je aku nak nangis kan. Kang jadi mata-mata pulak geng-geng aku ni. Yelah, semua mesti nak soal-siasat, nak tahu penyebab air mata aku yang kurang berharga ni gugur. Kurang berharga? Yelah, sebab aku ni MINAH JIWANG. Gelaran yang aku sandang sejak Form 4 lagi. Tak ada siapa yang boleh lawan tau. Hahaha…

Herlin masih meneruskan nyanyiannya walaupun hati aku meronta-ronta menyuruh Herlin menghentikan persembahannya yang ‘mantap’ itu. Tak boleh jadi ni, makin lama aku kat sini, makin tak boleh tahan minah sekor ni nak keluar a.k.a AIR MATA.

Dengan senyap lagi berhati-hati, aku meninggalkan geng-geng aku. Takut dia orang perasan pulak. Aku cuba mencari ketenanganlah sorang-soranglah pulak. Sejuk jugak malam-malam ni. Yelah dah namanya pun angin pantai. Tengah aku syok-syok menyusuri pantai, tiba-tiba mata ku terpandang suatu lembaga. Alamak, binatang apa tu?

Di sebabkan tahap ingin tahu yang tinggi walaupun aku ni tak adalah berani sangat, aku gagahkan diri untuk mengenal pasti apakah benda yang aku nampak sebentar tadi. Lembaga yang aku nak kenal pasti ni tengah syok duduk kat atas batu pantai ni. Duduk sorang-sorang pulak ni. Eh, nampak macam manusia.

“Anak siapalah ni? Duduk sorang-sorang kat atas batu. Putus cinta ke apa budak ni” Ngomel ku sambil kakiku laju menuju lembaga tadi.

Setiba aku dekat batu tersebut.

“Eerrmm hai, buat apa tu?” Alamak, soalan bodohlah pulak keluar dari mulutku.

Lembaga a.k.a manusia tadi masih mendiamkan diri. Tiada apa-apa kata keluar dari mulutnya. Ada emas ke apa kat mulut manusia ini? Eh, macam kenal je?

“Eerrmm…awak….awak…Daniel ke?”Tanyaku lagi. Ya Allah, apakah semua ini? Daniel ke ni? Ke aku ni dah angau sangat kat mamat sepet tu sampai semua orang yang ku lihat macam Daniel.

“Oohh…hai…ya saya Daniel. Macam mana awak boleh tahu nama saya?” Soal manusia di hadapan ku. Mukanya penuh dengan tanda tanya.

Ya, memang benar. Tiada apa yang benar melainkan yang benar. Manusia di depan ku kini memang Daniel. Eh, kenapa pulak dia tak kenal aku? Bukankah aku ni kawan dia ke? Yang sebelum ini pernah satu group dengan dia. Pernah makan bersama-sama walaupun ditemani berpuluh yang lain. Time itu kita orang pergi satu batch. Of couselah berpuluh-puluh orang join. Hahaha…musykil betullah.

“Eh jap, u tak kenal I ke? I kan satu batch dengan you. Biotech?Unimas?” Tanyaku lagi. Kali ini muka aku pulak yang penuh dengan tanda tanya.

Tiba-tiba aku dengar dia gelak.Kuat. Eh, dah gila ke apa budak ni. Tiba-tiba je ketawa kuat. Dahlah tak ada apa-apa pun yang melucukan mahupun lawak yang boleh membuatkan dia ketawa.

“Oohh…I rasa you dah salah orang lah.” Katanya lagi. Aku masih lagi memberikan reaksi yang aku sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan.

Takkan pelanduk dua serupa kot. Nama sama. Bentuk badan pun sama. Muka tak payah ceritalah. Memang sama. Tak tahu pulak tang bahagian mana yang lain. Memang sah lah budak ni Daniel Lee. Takkan Daniel Lee ni ada klon.

“I rasa I tahu Daniel yang you maksudkan. Tapi malangnya I bukan Daniel yang you kenal.”

“So, you ni mengaku yang you Daniel. Tapi kenapa pulak you sure sangat yang you bukan Daniel yang I kenal?”

“Sebab I sure yang Daniel you kenal bukannya I. Dan I kenal siapa Daniel yang you kenal Faham?” Pulak dah…kenapa pulak boleh jadi macam ni. Siapa budak di hadapan aku ni?

“Anyway, nice meeting you. I got to go now. Bye. See you later.” Eh, tiba-tiba je nak blah. Aku belum dapat kepastian lagi dia dah nak chow.

“Eh, jap. I nak tahu you ni siapa?” Teriakku. Kuat. Tapi mamat ni buat-buat tak dengar pulak. Laju betul dia lari.

“So, kau rasa betul tak apa yang aku rasa?” Anak mataku tepat memandang ke arah Herlin. Sudah penat mulutku bercerita kembali apa yang telah berlaku pada malam terakhir holiday kami dekat Santubong. Kisah pertemuan aku dengan ‘Daniel’. Sampai sekarang aku masih keliru. Siapa sebenarnya yang aku jumpa pada malam itu. Wah, dah macam cerita seram lah pulak.

“Teka apanya? Aku rasa itu memang bukan Daniel kau la. Kau salah orang kot. Mana tahu pelanduk dua serupa.” Ah, Lin masih lagi nak menafikan perasaan aku. Perasaan aku? Ya, Memang kuat firasat aku mengatakan itu adalah Daniel aku. Tak mungkin aku salah orang. Dan tak mungkin juga pelanduk dua serupa. Tak mungkin!

“Ah, aku memang sure itu Daniel aku. Cuma maybe dia tak berapa kenal dengan aku je. Dia pun bukannya rapat sangat dengan aku.” Kataku dengan penuh pasti. Tak pe, kalau aku jumpa Daniel, aku akan minta kepastian darinya.


p/s: sorry lambat skit upload. hehehe..masalah teknikal. hope enjoy...


love_piece

3 comments:

Dee said...

Peminat setiamu akan terus setia menanti sambungan cerita yag seterusnya... hehhe.... :p

eya eyda said...

thanks for being my peminat setia...aku juz harap ko tak mengharap sangat la...almaklumla aku ni bm memang x past2 lagi...mesti cekgu bm aku duduk tergelak2 kalau tengok cerita aku buat ni. hahaha...

Al-Hafyz said...

pahal jd cita hantu tk.. nebes kmk bc.. takut si arinna ya ikot si 'daniel' brlari lalu sampy k alam lain lak.. eee.. haha.. sambung gk eyda.. kmk sokong..!!