BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 16, 2009

Misi Daniel 6

Pagi ini banyak betul benda yang perlu aku selesaikan. Mana nak siapkan laporan makmal, mana nak study untuk kuiz esok hari. Mana nak buat group discussion lagi. Dahlah petang ni nak jumpa dengan Prof. Harith.

Prof Harith ni mengajar kita orang subject Gene Manipulation. Seorang pelawak yang kadang-kadang membuat lawak yang sarcastic. Bila mengajar pulak, memang akan menyebabkan bebola mataku sakit dan menyebabkan kelopak mata aku dengan yakinnya menutup keseluruhan mataku. Hahaha…Bermaksud aku akan tertidur di dalam kelasnya. Untuk pengetahuan semua, bukan aku sengaja untuk tidur di dalam kelas Prof Harith, tapi disebabkan dia mengajar punyalah slow, siapa tahan beb. 4 flat student pun siap air liur meleleh-leleh lagi, apatah lagi aku yang takat 3 flat ni. Hahaha….

“ Eh, kau rasa sesuai tak baju ni untuk party malam ni?” Ah, Herlin ni. Termasuk baju yang dia tengah cuba sekarang, dah 6 pasang dah baju dia cuba. Semuanya tak berkenan di matanya. Tak sesuaila, tak cantiklah, kurang menariklah. Macam-macam komen yang keluar dari mulut minat sekor ni. Padahal nak pilih satu dress je untuk party Danish.

Danish ni kawan baik Niel a.k.a. boyfriend Herlin. Niel ni pun satu hal jugak, yang dia last minute bagitahu Herlin pasal party malam ni apa ke hal? Last-last aku yang sememangnya busy ni jugaklah yang kena temankan minah ni bershopping.

“Cantiklah sayang. Sesuai sangat dengan tubuhmu yang lampai tu. Eh, Herlin, kau ni nak cuba berapa banyak lagi baju hah? Kaki aku ni dah nak patah dah asyik temankan kau. Dah hampir satu bagunan ni kita ronda, tak kan tak jumpa lagi yang berkenan di hati kot?”

“Ala, belum ada yang betul-betul ngam ngan aku la”

“ Amboi, setakat party Danish yang entah apa-apa tu tak payahlah nak melaram sangat. Pakai je jeans and t-shirt. Sempoi apa?”

“ Wei, tolong sikit. Apa class pakai jean and t-shirt? Nak mati kena kutuk ngan Niel?” Wah, apa class? Tak sayang mulut ke minah ni or dia dah hilang ingatan? Yang dia dok tiap-tiap hari pergi kelas dengan jeans and t-shirt tu apa ke hal?

“Eh, lupa nak bagitahu kau. Niel ajak kau skali la. Dia cakap ada surprise untuk kau. Kau mesti datang ok?”

“Eh, kau ni. Tak naklah aku. Aku tak kenal siapa-siapa kat party tu. Kau dan Niel je yang aku kenal.

Lagipun itukan party Danish. Dan aku pulak tak pernah kenal siapa Danish tu. Entah siapa-siapa ntah.” Kataku pada Herlin.

Aku sebenarnya tiada mood nak pergi berparty kerana bagiku ianya cukup membuang masa ku yang sekarang ini ku kira amat penting bagiku. Kerja dan tugasan yang berlambak menunggu untuk ku siapkan. Lagipun aku tak kenal siapa makluk tuhan bernama Danish. Aku kenal nama je, itupun sebab Herlin selalu bercerita pasal Danish padaku. Yang aku tahu Niel dan Danish start berkawan time dia orang join PLKN suatu ketika dulu.

“Lin, tak kira. Kau kena pergi jugak. Niel dah pesan pada aku supaya bawak kau pergi sama. Ada surprise untuk kau.” Pujuk Herlin lagi. Mukanya seakan-akan merayu padaku untuk pergi. Kenapalah minat ni nak sangat aku pergi party tu? Surprise? I hate surprises. Nak kenakan aku agak nya. Baik aku fikir apa lagi alasan untukku tidak pergi.

Akhirnya setelah berjaya mencipta pelbagai alasan, Herlin give-up nak paksa aku lagi. Ah, lantaklah. Daripada aku buang masa pergi party orang yang tidak dikenali, baik aku siapkan kerja yang tak siap-siap lagi. Ada jugak faedahnya.

###

“Alamak, laparlah pulak. Errmm…baru pukul 4.30 petang ni, nak gi mana ek?”

Itulah, Herlin ajak join party Danish tak nak, nak buat assignmentlah, tak kenal Danishlah. Padan muka aku. Dan sekarang ni aku pulak dok termenung memikirkan nak pergi makan kat mana. Selalunya aku dan Herlin akan plan dulu nak pergi makan kat mana, nak makan apa, nak jalan kaki ke nak naik bus. Pendek kata semua perkara yang kami nak buat, kami plan dan rancang betul-betul. Bak kata pepatah ‘ sediakan paying sebelum hujan’. Eh, ada kaitan ke? Entahla…

“Adik, bagi saya coke large satu, set no 25 satu dan rojak satu.” Kataku kepada pelayan sambil tanganku ligat mengeluarkan notebook Acer kesayanganku. Eerrmm… kali ini aku nak cuba pulak makan kat restoran Summer Valley setelah direkomenkan oleh Nadrah, housemate aku. Itupun si Nadrah tu kesian tengok aku dok pening kepala mengerah otak mencari tempat untuk mengisi perutku yang semakin galak mendendangkan irama rock n roll. Hahaha…”Ok jugak tempat ni, siap dapat wireless free lagi.” Ngomelku dalam hati. Yelah, sekarang ni berebut-rebut tokey premis makanan menyediakan kemudahan wifi kepada pelanggan untuk menarik perhatian mereka supaya mengunjungi premis makanan mereka.

“Kak, ni ordernya.” Wah cepat pulak orderku sampai. Tak sampai 15 minit dah ada dah. Bagus…bagus..

“Terima kasih ye.”

Seronok jugak duduk melepak kat restaurant ni. Tempat ok, selesa, siap ada air-con lagi. Makanan not bad, sesuai dengan harga yang ditawarkan. Dan yang paling penting, dapat online free. Aku memang kaki online, kalau boleh nak 24/7 online. Tapi mana mungkin kan? Hahaha…

Errmm..nak cari apa ek? Email dah check, Facebook pun dah bukak, Penulisan2u pun aku dah geledah. Tengah aku syok-syok fikir nak bukak webpage apa lagi, tetiba mataku terpandang kelibat manusia yang aku kenali. Eh, dia? Siapa perempuan sebelah dia tu? Macam aku kenal je perempuan tu. Eh, dia orang ada apa-apa ke? Bila masa?

Adoh, macam-macam soalan berlegar di ruang fikiran aku. Kenapa dia bersama perempuan itu. Aku kenal siapa perempuan yang dikepitnya. Kenapa mereka berada disini? Wah bukan main mesra perempuan itu memaut lengan dia? Dah tak reti nak berdiri sendiri ke? Gedik!

Sebaik sahaja drama sebabak yang ku tonton tadi habis, aku meneruskan pencarianku di dunia maya ini. Entahlah, macam dah malas dah otakku memikirkan perkara yang berkaitan dengan mamat sepet ni. Dahlah masih tak dapat jawapan untuk persoalan kat Santubong itu lagi. Dah tu tertontonlah pulak scene menarik ni. Free pulak tu! hish, bias bikin hati parah ni!

“AKU DAH NAIK BOSAN!” jeritku sekuat hati. Biar semua organ-organ aku dengar. Biar pekak telinga dia orang. Apa kaitan dengan organ? Sebab aku hanya mampu menjerit sekuat hati, dalam hati. Image mesti di jaga. Banyak orang kan restaurant ni. Takkan nak tambahkan lagi scene untuk drama sebabak ni? Buat malu je.


p/s: aku harap tiada lagi idea-idea merapuku untuk meneruskan cerita ini.hahaha....thanks again sebb sanggup tgu. dah ada sambungannya. cuma tgu nak upload lagi. cerita ini diyakini hampir selesai...hehehe...


love_piece

1 comments:

Al-Hafyz said...

dah mk selesai..?? hopefully ada cita bru..