Danish sedari tadi asyik memandang perempuan yang agak jauh darinya. Cuba menikmati keindahan ciptaan tuhan. “Eerrmm, kenapalah aku asyik teringatkan dia ek? Sudah jatuh cintakah aku padanya?” Soal Danish sendiri. Jawapan yang hanya ada pada dirinya. Dia yang bertanya, dan hanya dia saja yang tahu akan jawapannya.
###
Herlin memandang Niel dengan penuh kegeraman. Nasib baik lah kau ni boyfriend terchenta aku. Kalau tak dah lama aku bagi side kick. Tak pun flying kick. Tepat pada mulut mu yang lancang mengeluarkan kata.
“ I dah cakap dah dekat you bawak teman baik you ni ke party ni. Kan I dah cakap yang I ada surprise untuk dia. You ni…you tak tengok ke betapa hampanya Danish bila tengok Rin tak datang?” Adoi, bala betullah. Rin yang salah, aku pulak yang kena tempias.
“I kan dah cakap yang Rin tu tak suka surprises. I dah pujuk dah dia supaya datang party ni. Dah dia tak nak, takkan I nak heret dia ke sini pulak?”
“Lagipun Rin tak pernah kenal siapa Danish, tak kan you tak faham-faham perangai dia yang takkan pergi ke majlis kalau dia tak kenal tuan rumah. Kata kawan baik, tapi..” Ah, malas betul aku nak bertekak dengan mamat ni. Lagi di lawan, lagi galak dia menjawab. Si Rin ni pun satu hal, aku dah cakap yang Niel pasti mengamuk kalau dia tak ikut. Tapi degil, kalau tak nak tu, tak nak jugak. Hish, korang punya pasal, aku yang dapat bahana. Benci!
Semasa dalam perjalan balik, aku dan Niel diam seribu bahasa. Biarlah radio memainkan peranan pulak. Dah malas betul aku nak argue dengan Niel. Hal yang kecik pun nak perbesarkan. Lagi satu, yang Danish beria-ria sangat nak jumpa dengan Rin tu apsal pulak? Macam lah dia kenal ngan Rin.
###
“Hai, monyok je muka? Tak mandi pagi ek? Patutlah aku cium bau semacam je ni.” Lin tengok aku semacam. Ek, kenapa pulak? Takkan aku cakap macam itupun nak marah? Mana sense of humour budak Lin ni?
“Banyaklah kau punya tak mandi. Aku tengah hot-temperature ni. Kau jangan nak bagi darjah kepanasan kat dalam badan aku ni naik lagi. Kau pun aku belum buat perhitungan tau” Eh, perhitungan apa pulak yang Lin cakapkan ni?
“Wahai cik Arinna, semalam gara-gara kedegilan kaulah aku dengan Niel bergaduh tau. Eh, geram betullah aku dengan korang berdua ni. Kerana kau, tak pasal-pasal aku dan Niel berperang mulut tau!” Aih, pulak dah…
“Cop..Cop…Bergaduh? Apsal? Disebabkan aku pulak tu. Setahu aku, aku tak ada simpan feeling-feeling kat Niel sampai kau perlu cemburu lantas menyebabkan kau bergaduh dengan Niel.” Aku makin galak menyakat Herlin. Saja nak buat kesimpulan yang melulu sikit. Biarlah dia panas sikit. Alang-alang dah panas hatikan. Lagipun dia marah sekejap je.
“Eh, tolong sikit. Apa kes aku nak cemburukan kau dengan Niel hah? Lagi satu, bila masa aku cakap yang kau ada feeling-feeling kat boyfriend aku? Kau ni, aku tengah hot betul ni. Kang daripada tak sanggup nak sidekick Niel, kau pulak aku flying kick kan. Baru padan dengan muka kau!” marah Lin lagi. Eh, marah betul ke dia kat aku? Apa hal pulak ni?
“Herlin, cuba kau bagitahu aku apa sebenarnya masalah yang menyebabkan kau angin satu badan kat aku ni?” Dengan nada serius aku bertanya.
“Kau tahukan semalam aku pergi party Danish tu. Dan aku tak bawak kau” Aku mengganggukkan kepala. Dan Herlin pun meneruskan kata-kata…
“Kau tahu, sebab aku tak bawak kau, surprise yang sepatutnya dibuat untuk kau tak jadi. And the most important thing is Niel marah betul-betul kat aku sebab tak bawak kau. Kau yang tak datang, kau yang buat hal aku pulak yang kena menjawab kat Niel.” Wah, parah jugak kes Herlin ni. Takkan disebabkan ketidak hadiran aku boleh menyebabkan banyak konflik berlaku? Aku ni YB ke yang patut hadir even ke party yang aku sendiri tak kenal siapa?
“Jap, aku memang betul-betul blur dengan situasi sekarang? Apa kes yang perlu kalut-kalut ni? Pasal aku tak hadir saja ke?” Tanyaku lagi. Ingin meminta kepastian. Sebetulnya aku sendiri memang tak faham apa sebenarnya yang terjadi. Herlin pun siap nangis-nangis lagi depan aku.
“ Kau tak hadir party Danish, Danish marahkan Niel sebab tak bawak kau. Dan Niel pulak melepaskan kemarahannya kat aku sebab aku sepatutnya bawak kau pergi party Danish. Faham?!” Adoi, tak payahlah nak jerit-jerit kat muka aku. Aku belum pekak lagi lah woi!
Aku hanya diam seribu bahasa melihat reaksi Herlin. Entah, aku tak tahu nak kata apa. Bak kata artist bila wartawan mula menerjah menanyakan soalan yang pelik-pelik, mereka akan berkata “ no comment”. Itulah yang aku rasa sekarang…
Disebabkan peristiwa itu, aku dan Herlin mula dingin. Kami tak mesra seperti dulu. Aku betul-betul tak sangka yang minah ni akan marah sampai macam tu sekali. Tapi yang peliknya aku tengok dia dan Niel ok je, macam tak pernah gaduh pun. Tapi bila dengan aku, dia buat acuh tak acuh saja.
“Lin, jom pergi Library. Aku nak carik references untuk assignment Dr Mahmud ni. Minggu depan dah nak kena hantar.” Herlin masih diam seribu bahasa tanpa menoleh ke arah ku. Besar sangatkah kesalahanku sehingga dia marah sebegini? Dah 3 hari dah dia tak nak layan aku.
“Herlin Mohd Yazid, saya nak ajak awak pergi library. Jomlah” Dia masih mendiamkan diri. Aku dah buat suara ala-ala cikgu disiplin pun dia masih buat dek je kat aku?
“Herlin!” Teriakku sehingga menyebabkan semua mata yang berada di lobi fakulti tertumpu kepada kami berdua. Alamak, terjeritlah pulak. Kuat lagi tu. Tak guna punya Lin, kan dah termalu sendiri aku.
Tiba-tiba aku dengar Herlin gelak. Kuat lagi tu. Dan aku pun turut gelak sama.Kami terus gelak…dan gelak…..
p/s: eerrmm...xda papa nak padah sebenarnya. to apiz, mun mek ada idea, adalah cita baru gik.hahahaa...kelak cliche cita lak...
love_piece
0 comments:
Post a Comment