BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 7, 2009

Misi Daniel 3

Cadangan kedua yang ku anggap bernas rupa-rupanya dusta semata-mata. Penyebab? Tak mungkin mamat sepet tu kan? Sudah tentunya minah LAMPI a.k.a AKU la. Kenapa? Sebab nya aku tak berani. Adoi, masalah-masalah. Sudah berapa peluang muncul di depan mata mahupun sengaja di adakan oleh teman sekomplotku a.k.a. Herlin, namun dek kerana masalah gemuruh dah gagap yang kekadang muncul tak kena tempat menyebabkan plan Herlin rosak, punah dan musnah.

Bukan aku aku tak pernah buang masalah-masalah peribadi yang selalu muncul saat-saat genting begini. Sudah puas mandi bunga, mandi bawah janbatan mahupun mandi dalam perigi dipenuhi minyak aromaterapi, tetapi semuanya tak membawa kesan apa-apa. Penyakit aku ini umpama kalis segala rawatan tradisional. Nak aku rawat menggunakan khidmat rawatan moden a.k.a doctor, lagilah mengarut dan mencarut. Buang duit dan masa plus tenaga je nak berubat, silap-silap di baginya aku ubat antidepressi. Eh, apa aku mengarut ni?

Berbalik kepada cerita aku tadi, setelah beberapa hari aku cuba mengaplikasi segala ajaran-ajaran yang Herlin perturunkan kepadaku, semuanya tidak menjadi seperti yang dirancangkan. Entahlah. Sebetulnya aku tak tahu dimana silapnya kali ini. Untuk kesekian kalinya aku rasa lebih baik aku give-up je ngan mamat sepet ni. Dah puas aku cuba, namun lain pula jadinya. Betullah kata pepatah, ‘kalau dah jodoh tu takkan kemana’.

Aku masih teringat lagi kata-kata seorang teman.

“Walau kemana kau pergi, dengan siapa kau berjumpa, dengan siapa kau berkasih malah sekuat mana kau menggelak, jika termaktub dia milikmu, dia tetap milikmu”.

Perjalanan kehidupan ku sebagai mahasiswa ku teruskan jua walaupun misi ku terhadap Daniel belum membuahkan apa-apa hasil. Walau apa pun yang terjadi, kehidupan perlu ku teruskan jua. Takkan ku hampakan harapan kedua-dua ibu bapa ku yang bersusah payah semata-mata ingin melihat aku berjaya di menara gading. Malah Daniel juga jarang-jarang ku temui. Ah, ketepikan sebentar kisah Daniel.

“Lin, macam mana plan holiday geng-geng kita? Jadi ke tak? Kalau jadi, bagitau awal-awal. Dapat aku settlekan schedule untuk bulan ni.” Lin memandang muka ku dengan muka yang tak puas hati. Eh, kenapa pulak dengan minat sekor ni?

“Amboi, banyaklah kau punya schedule. Habis aku ni tak perlu nak settlekan apa-apalah. Kau sorang je yang sibuk, banyak hal sana sini.” Eh, marah pulak si Herlin ni.

“Kau ni kenapa? Aku tanya je. Takkan itu pun kau nak naik hantu? Kau ni meroyan ke apa?” Tanya ku pada Herlin. Tak pernah dia buat perangai begini dengan aku.

“ Macam mana aku tak hangin satu badan. Mama Kasing a.k.a Dr. Kasing naik hantu lagi lah. Tak habis-habis nak torture kita orang. Hari tu nak plan gaya A. Dah bagus-bagus plan di buat, dibentang, dia nak plan B lah pulak. Dah siap plan B, nak balik plan asal. Kau bagitahu aku, makhluk mana kat bumi ni tak mengamuk kalau kena buat macam itu?”

Wow, kes berat ni. Mama ni pun agak-agaklah kalau nak torture. Dia ingat student macam kami ni tak ada life ke? Tak busy ke? Tak ada keja lain ke selain nak menghadap assignment dan duduk exam je? Hish, kalau kena kat batang hidung aku, dah lama kau confront dengan orang tua tu. Biar padan dengan muka dia. Tapi korang janganlah ingat aku nak confront sorang-sorang. Itu pergi bunuh diri namanya. Suicide.Bawalah satu group ke, satu bacth ke. Baru trill beb!

“Wei, rilek lah kawan. Bawak banyak bersabar. Cuba kau orang pergi confront ngan mama. Tanya dengan dia apa yang dia nak sebenarnya. Kalau tak ada tindakan daripada pihak kau orang dan asyik ikut kepala dia je, kes korang ni takkan selesai. Sampai ke tualah korang will face the same situasion.”

Wow, pandai pulak aku bagi cadangan dengan Herlin. Aku kalau pasal lecturer yang berperangai ‘pelik’ sikit ni, memang macam-macam idea yang terkeluar di otak macam mana nak handle. Tapi kalau bab bernama L.E.L.A.K.I memang nombor satulah pro. Nombor satu dari belakang dan memang perosak. Hahaha….iyo lah tu!

Misi confession ku terhadap Daniel si mata sepet harusku lupakan seketika disebabkan ada event yang lagi besar yang harus ku buat. Holiday cum farewell party for our gang. Plan holiday tu memang kita orang dah plan awal-awal dah. Kita orang yang aku maksudkan ialah geng-geng sekolah ku dulu. Mesti ada di antara korang hairan macam mana Herlin boleh termasuk dalam geng sekolah aku sedangkan aku baru kenal dengannya time uni kan? Well, Herlin ini girlfriend Daniel. Eh, Daniel?

p/s: sambungan baruk jak i finish tek. gik tengah mike gney nak molah ending. suppose tok cerita pendek a.k.a cerpen but turn out macam panjang semacam jak dah tok.


love_piece

2 comments:

Dee said...

wow.. cam tau je mana datangnye ilham tu.. Haha... Out of the 3 of us, I was the one dubbed as "the artistic" one (and I still dont like dat till today, btw..)but look at this... haha...
Keep it up and coming my friend. Klu ko dah jd penulis buku cinta tersohor nanti leh la aku tumpang glamour.. Aku cakap kat semua orang, "oh, dia tu kawan baik sy tu, dulu sama sekolah, siap pnah dok meja sebelah2, pastu dia x suka makan sayur..." hahaha... :p

eya eyda said...

wei....ayat penulis buka 'cinta' tu yg xleh tahan...hahaha....bukan penulis cerita ke?....wei....yg bab 'xsuka makan sayur' tu xyah letak lah wei....hahaha...jatuh saham pakwe aku nak blanja makan salad....hahaha....
aku try nak sambung la cite ni...pening gak kepala nak olah ayat...hahaha....