BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

Misi Daniel 4

Don’t jump into any conclusion lah sayang. Hehehe. Well, buat sekian kali nya jangan confuse, bukan seorang je dalam dunia ni bernama Daniel. Dan kebetulan boyfriend Herlin bernama Daniel Armand dan Daniel aku bernama Daniel Lee. Daniel Armand ini one of my Skool Gang.

Skool Gang ditubuhkan sewaktu kami di tingkatan 5. Time tu tengah feeling jiwang karat la. Kononnya tak sanggup nak berpisah after SPM. Then tertubuhlah Skool Gang a.k.a. SG. SG kita orang ni siap ada website lagi untuk kemudahan kepada gang-gang kami yang berada di luar kawasan, negeri mahupun Negara. Webmasternya siapa lagi, akulah. Daniel Armand dengan Herlin start couple feeling-feeling pun sebab dia selalu tolong aku update website SG. Dari website itulah dia orang kawan. Mula-mula kawan biasa, lepas itu jadilah pulak kawan luar biasa. Hehehe…

Berbalik kepada holiday event yang bakal berlangsung tak berapa lama lagi, kami sepakat untuk memilih pantai Santubong untuk dijadikan vanue. Tak lah jauh sangat kami nak pergi and set-up apa-apa yang patut. Pengelola untuk party event kami tak lain dan tak bukan, Herlin. Errm mesti korang ingat aku kan? Oh, please. Tak naklah jadi project manager. Cukuplah aku yang handle segala aktiviti-aktiviti SG sebelum ini. Kali ini aku nak bagi kat protégé akulah pulak. Segala persiapan hampir 95% siap. Confirmation dari setiap ahli pun dah dapat, cuma si Sepol a.k.a. Khairul Saiful Nizam, one of the SG member yang tengah belajar dekat Shah Alam je yang liat sikit nak buat confirmation. Daripada zaman mulanya penubuhan SG sampailah ke hari ini, dialah yang paling banyak memberikan masalah kepada ahli tertinggi SG. Padahal si Hafiz yang duduk jauh kat London tu boleh je say yes. Bukannya tak ada duit nak balik, saje je nak bagi Herlin angin satu badan. Bersabarlah ye wahai cik Herlin ku sayang.

“Semua gang dah ada? Tak de yang tertinggal kat mana-mana ke?” Soal Herlin kepada kami sambil menjeling ke arah Sepol. Sengaja menyindir Sepol. Sepol ni pun satu, kalau ye pun tak suka dengan vanue kali ini, janganlah buat muka perangai. Ini tidak, nak komplen je memanjang. Nasib baik lah mamat tu gang aku, kalau tak dah lama aku sumbat mulut dia dengan ‘pekasam’. Biar dia tahu betapa busuknya mulut dia. Hahaha…

“Semua ada dan sihat sejahtera, cik Herlin” Jawabku diiringi sengehan daripada geng-gengku. Masing-masing memahami situasi yang sedang berlaku.

“Baiklah, kalau begitu baguslah. Manalah tahu ada yang masih tertinggal di Shah Alam ke?” Amboi Herlin ni. Kalau ye pun nak menyindir janganlah terang-terang lagi bersuluh, aku tengok anak mata Sepol dah macam nak terbonjol keluar. Adoi, malapetaka betullah.

“Ok, sebagai Project Manager untuk event kali ini. aku nak terangkan tentative program kita ye. Kat tangan masing-masing dah ada salinan tentative kan?”

“Sebagaimana yang diketahui, program kita berlangsung 2 hari satu malam. Tak lama itu. Aku tahu ada di kalangan gang kita ni tak sanggup berpisah dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Sabar ye…”

“Pembahagian tugas dah disertakan bersama-sama tentative program. Pandai-pandailah korang baca, fahami dan ikut. Takkan pelajar uni tak reti nak ikut semua tu kan? Lepas ni semua masuk ke bilik masing-masing dan buat ape yang patutlah. Pukul 8 nanti kita berkumpul kat bawah. Ok? Ada apa-apa nak tanya?” Dan semuanya menggelengkan kepala tanda faham.

Herlin, Herlin. Macam program budak sekolah je aku rasa event yang dia buat ni. Tak pun macam minggu oreintasi yang selalu kita orang buat untuk freshie. Tapi nak buat macam mana, dah stail dia macam itu. Teliti.

Segala perancangan yang di atur untuk event kali ini berjalan dengan lancar. Semua SG member 99% kerjasama. Kenapa 99%? Jawapannya cukup mudah. Nothings perfect or dalam bahasa melayunya tiada benda dalam dunia ni yang sempurna. Setiap apa yang dirancang mesti ada cacat cela nya. Cuma bagaimana kita nak mengatasi ketidak sempurnaan itu yang penting. Wah, bersyarah pulak aku ni.

“Wei, yang kau tersengeh-sengeh macam kerang busuk ni kenapa hah? Dah gilo ko apo kau ni?” Sergah Herlin sewaktu kita orang on the way balik dari Santubong.

“Eerrmm eh, tak de pape lah” Jawapku dengan nada mengelabah.

“Ha, baguslah kalau tak ada apa-apa. Aku takut manalah tahu kau dah kena sampuk dengan penunggu kat Gunung Santubong itu. Kang tak pasal-pasal aku tak selamat balik Kuching”

“Eerrmmm…sebenarnya…ada apa-apa. Eerrrmm macam mana aku nak cakap ek?” Adoi, sebenarnya something had happen sewaktu kat Santubong tadi. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahu kat Herlin.

“Aku dah agak dah. Kalau dah tersengeh-sengeh macam kerang busuk, tetibe je gelak macam hantu Pontianak ni memang ada something ni. Macam lah aku baru kenal kau sehari dua. Hah, apa kes pulak kali ni?”

“Ala, janganlah cakap macam tu. Kecik ati aku yang sememangnya dah kecik ni dengar tau” Ku buat ayat-ayat merajuklah pulak. Hehehe…saje je nak buat ayat.

“Begini, kau tahu tak masa malam kita barbeque, aku terjumpa seseoranglah. Errm…aku rasa aku macam ternampak Daniel.”

“Apa?! Daniel?”

p/s: errmm....dah penat jugak aku 'berkareh' mencari idea macam mana nak mengolah ayat...kalau rasa x best tu...sorry je ek...btw...i think i'm going to end this story soon. even my friends said..just continue it...but i think i better end it so i can start to write other story...hahaha...dah ada idea dah tok...


love_piece


2 comments:

Al-Hafyz said...

mun ktk xda idea, kmk sedia memerah idea kmk merik ngn ktk.. hehe.. eyda, we need to talk about dis.. ktk bleh polah cita scara brduet.. mk x?

eya eyda said...

ha3....xpa...xpa....gik ada sumber ilham mek kat ctok...yalah kitak.. jauh glak kat cnun...:D...talk bout wat?berduet?...menyanyi ka?....hahaha....pa cita molah cita berduet?...almaklum...ada keLAMPIan ckit mek tok.....huhuhu