BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

kepada awak lagi...

awak,
kalo awak baca apa yang saya tulis, mesti awak ketawa saja kan.. tak pun mesti hati awak BANGGA sangat sebab ada orang yang puja, suka kat awak macam itu sekali. ah, riaknya...

awak,
hari ini kan, saya turun keje seperti biasa, saya tunggu hilux ambik saya..kan sepatutnya kita sama-sama pergi lipis, time saya nak naik hilux kan....otomatik mata saya cek dekat seat belakang..ingat lagi tak hari tu, kita nak gerak pergi lipis jugak...saya terus je duduk kat seat depan, saya langsung tak perasan yang rupa-rupanya awak ada kat belakang..tetiba awak bunyi.."ehem..ehem"...saya pun toleh kat belakang..terkejut betul saya time tu...awak nampaklah gelagat saya sepanjang nak naik hilux kan...dengan latah saya yang entah apa-apa lagi masa itu..ah..malu tau saya..hehehehe

tapikan awak,
rupa-rupanya itu cuma harapan saja..tak ada pun awak kat seat belakang itu. sedihnya saya tika itu. hati saya meronta-ronta nak tengok muka awak. baru saya tahu rinnnnduuu nya saya pada awak.

awak,
sekarang kan...saya tengah mainkan lagu Anuar tau, Sedetik Lebih...actually..sebabkan awaklah saya jatuh cinta dengan lagu ini, sebab awak postkan kat FB..saya terus Google lagu ini. dan download terus. siap download lyric dia lagi. hish...teruknya saya kan. sampai begitu sekali fanatiknya saya terhadap awak.

tapikan awak,
bila saya dengar lirik lagu ini, saya pasti ianya bukan ditujukan untuk saya kan. tak apalah, apa lagi yang mampu saya buat...(terus saya tukar lagu ST12, JANGAN PERNAH BERUBAH...)

awak,
sekarang saya tengah ym dengan teman baik saya tau, antara topik yang kami borak..semestinya pasal awak...yang baik ada, yang kurrang baik pun ada..(mesti awak nak tau kan...)....sedang elok teman baik saya ketawa, saya katakan pada dia...."kalaulah u dekat, dah lama i jumpa u..i nangis depan u" teman saya tanya.."u nangis sebab lucu sangat?" awak tahu apa yang saya nak jawap dengan teman baik saya?
"i nangis sebab i rasa pilu sangat, yang i kena nekad untuk lupakan u. sebab sepanjang proses itu, hati i sakit. tak boleh i nak describe sakit itu. cuma sakit je yang i boleh katakan. kenapa i harus lupakan dia" itulah yang saya nak cakap dengan teman baik saya....

tapi kan awak,
berapa lama lagi harus saya tunggu ek? kenapa awak masih tak lupus dalam ingatan saya, malah makin mekar? kalau dulu kan, sibuk je saya nak tahu pasal awak, tapi sekarangkan, dia orang borak pasal awak pun, saya diam saja, kalau boleh tak nak pun tahu pasal awak. salah satu cara nak melupakan awak kan...tapi bila saya buat macam itu, makin kuat pula ingatan saya pada awak..napa ek?

awak,
sebenarnya berita inilah yang saya nak cerita...yang kat atas tu cuma mukadimahnya saja (mak ai, panjangnya...)..sebenarkannya awak...florine dan ila dah dapat surat transfer tau...bulan 3 ni dia orang dah boleh balik...saya pulak, tak dapat lagi...mesti awak ingat saya sedih sebab tak dapat surat transfer lagi kan...

awak,
memang saya sedih sangat tak dapat surat transfer lagi...awak tahu tak sebab apa? memang saya ingin sangat nak pindah, sebabkan keluarga saya perlukan saya disana.

tapikan awak,
tahu tak sebab apa saya nak pindah sangat ke tempat saya...sebabnya SAYA NAK LARIKAN DIRI DARI AWAK...inilah satu-satunya cara saya nak lupakan awak...awak..bagitahu saya cara yang terbaik yang boleh saya lupakan awak selain cara ini...tiada bukan?...

awak,
orang cakap memanglah senang..yang nak buatnya..saya...bukan saya tak pernah cuba..malah sudah penat saya mencuba..untuk buang perasaan itu, namun, mungkin bukan lagi masanya...perasaan itu xpernah padam..malam makin mekar..awak...sakitnya...

awak,
saya pergi pantai sepat tadi...sepatutnya saya happy sangat..sebab saya jumpa pantai...saya sangat suka pantai..tapikan awak...sedihnya saya tengok pantai...tak terluah dengan kata-kata saya kat pantai tadi...dia orang dapat tengok kesedihan saya..ketidak tenangan di raut wajah saya jelas ternyata....awak nak tau kenapa?

awak,
kenapala banyak sangat dugaan yang melanda saya nih? bukan saya pinta untuk menjadi minah blurr...dan bukan juga saya pinta untuk menjadi tersangat telus....ya..memang saya telus..saya kurang mahir bab-bab kelentong..sebab kalau saya kelentong..ketara sangat diwajah saya....

awak,
kenapa dia orang buat saya macam ni? hina sangatkan saya nih?bodoh sangat kah saya sampai saya dimalukan sedemikian? apa, disebabkan saya berperwatakan sebegini..sewenang-wenangnya saya diperlakukan sedemikian? awak..saya ingatkan tp jujur dengan saya..rupa-rupanya dia juga backstabber...sekarang..di opis..tiada siapa yang saya boleh percaya selain diri saya sendiri..jika dulu awak antara orang yang saya boleh percaya..sekarang tidak lagi..awak pun sama macam mereka...

awak,
saya rasa terbeban sangat dengan semua ini..saya telah cuba sedaya upaya saya untuk perform yang terbaik..rupa-rupanya...usaha saya dipandang dengan penuh kehinaan...saya rasa, begitu juga pandangan orang terhadap saya..budak hingusan yang bodoh, tidak tahu apa-apa...

awak,
pada siapa lagi harus saya mengadu? ibu? tak mungkin...teman baik?saudara rapat? mereka sudah lali untuk mendengar permasalahan saya...selama saya di sini..kenapa tiada satupun perkara yang boleh membahagiakan saya? kenapa buruk sangat rekod saya disini?kenapa seumpama teda tempat untuk saya disini?

awak,
air mata saya ini sudah kering lah awak....betapa sedihnya saya sekarang..namun tiada pula air mata yang gugur...seperti selalu....sudah penat kali...mengeluarkan air mata..sampai kekeringan...

awak,
saya nak balik sangat..dah tak terdaya dah nadi saya untuk menyambung semua ini..tak termampu jiwa saya untuk menampung tamparan sebegini....biarlah saya bekerja cara saya..ditempat saya sendiri...sudah penat sangat dah nih....saya takut akhirnya saya rebah..tewas dalam peperangan dengan hati dan perasaan saya sendiri....

izinkan saya kembali ke tempat asal saya...

love_piece


Sunday, February 13, 2011

kepada awak..

ye ..awak yang saya maksudkan...awak yang tak mungkin akan baca nukilan hati saya...memang tak mungkin...

awak,
kenapa awak tak reply sms saya, kenapa tak jawap call saya? awak belum bersedia ek? saya memang fikir secara positive ketika itu,

awak,
dulu bila saya dilanda musibah, awak selalu ada untuk menghiburkan hati saya, sehingga hilang sedikit keresahan dihati, kesedihan saya ketika itu..walaupun besar dugaan yang saya tempuhi, awak sentiasa ada, walau awak jauh,

awak,
ketika saya terima berita itu, awak dekat dengan saya, awak jaga saya, sehingga saya selamat sampai naik flite, awak siap tanya lagi...kenapa kawan awak tak temankan saya sehingga saya naik flite, saya cakap, "kesian dia, nanti kena charge mahal lak kalo tunggu saya"

awak,
semenjak saya kembali ke sini, awak nampak makin mengelak dari saya. saya tak paham awak...kenapa awak buat begitu.....tapi saya cuba fikir postive..mungkin awak tak nak gosip itu menjadi...

awak,
sejak awak suruh "kawan baik" awak duk rumah saya hari tu, saya tahu sudah siapa saya dihati awak, mungkin saya yang perasan sebenarnya, tak apalah awak..walaupun awak tak pernah mengaku hubungan awak dengan "kawan baik" awak itu, bila saya tengok awak sanggup drive ke kl tengah malam dek kerana alasan yang tak masuk akal, saya tahu siapa saya disisi awak. saya tanya awak malam itu "takda orang lain ka?" awak mungkin perasan intonasi saya yang kurang menyenangkan bila tau awak nak drive malam-malam ke kl, sudahlah penat dengan kerja dan tournament, memang saya tahu dia sememangnya "seseorang" dihati awak.

awak,
cuma saya sangat ralat, kenapa awak tak pernah berterus terang dengan saya tentang status awak selama ini? kenapa perlu biar hati saya terus mekar dikala awak sudah berpunya?

awak,
sepanjang "kawan baik" awak duk kat umah saya, saya cuba bagi layanan yang terbaik..walhal dalam hati saya...hanya tuhan yang tahu betapa pedihnya hati saya. saya tahu yang awak pun tahu yang saya punya perasaan pada awak, tapi kenapa awak letak jugak "kawan baik" awak tu di rumah saya? kenapa saya tak tolak saja permintaan awak kan? bodohnya saya. macam mana saya nak tolak kalau awak yang mintak?

awak,
sakit hati saya tengok bukan saya yang keluar dengan awak. lepas dia keluar, "kawan baik" awak akan cerita saat manis dia dengan awak. Ya Allah, sakit betul, mmg pedih hati saya dengar. tapi saya pendam kan saja. biarlah saya seorang sakit hati. asal awak bahagia.


awak,
bila saya dapat tahu emak awak meninggal hari itu, saya cuba untuk tahan air mata saya untuk jatuh. entahlah, saya rasa sangat sayu sangat. saya control diri saya untuk jadi seperti biasa. supaya tak nampak ketara. awak, saya tahu awak sedih sangat, air mata yang jatuh itu nampak sangat memilukan. saya tengok awak, saya nampak kesedihan itu, cuma, saya mampu untuk berkata," be strong k". saya tak mampu nak mengungkap lebih, kerana air mata ini sukar untuk dikawal.

awak,
waktu semua orang sibuk nak pergi ke rumah awak, saya nakkkk sangat nak ikut, tapi saya pendamkan saja dulu. biarlah orang yang lagi penting pergi. siapalah saya kan? waktu saya tahu yang saya tak dapat pergi sebab tempat dah penuh, sedeh betul saya. tapi tuhan nak bagi saya pergi, cik saadah offer pulak tempat untuk saya. akhirnya niat saya tercapai jugak.

awak,
semasa kat rumah saudara awak aritukan, saya sebenarnya berperang dengan perasaan saya sendiri. "kenapalah bukan saya di hati awak"...kawan baik saya cakap, seseorang yang lebih baik daripada awak yang bakal bertakhta di hati saya...tuhan tak bagi awak dekat saya sebab awak bukan yang terbaik untuk saya...mulut saya mengiakan..tapi dalam hati saya ..? hurm....

awak,
disaat ini, awak mungkin tak perlukan saya. tapi ketahuilah, yang saya sentiasa ada disaat awak memerlukan seseorang.oh ya, seseorang itu tak mungkin saya, tapi "kawan baik" awak itu kan. patutlah awak nampak sangat mengelak dari saya. tak apalah, saya tahu siapalah saya dihati awak kan.

tapi kan awak,
awak tahu tak betapa sakitnya hati ini bila awak buat saya macam itu? bila awak tak pedulikan saya? awak, saya ambil berat sebagai kawan awak, kawan baik awak....awak, selama ini, saya pendam saja perasaan saya ketika bersama awak. saya tak nak menguntum kasih lagi, menginginkan sesuatu yang tak mungkin berlaku, saya pendam semua impian saya. dikala saya tersiksa sangat dengan perasaan saya sendiri, saya minta pertolongan sahabat baik saya dan juga saudara rapat saya, untuk memberikan semangat, supaya saya berpijak dibumi yang nyata. sungguh sakit sangat dugaan yang perlu saya lalui sekarang. selalu saya menyimpang dari matlamat saya sebenar..semuanya kerana awak....tapi, saya tak pernah salahkan awak.. pendek kata..yang bersalah nya tetap saya....

tapi kan awak,
walau macam mana pun awak buat kat saya, bagi saya happy, buat saya sedih, tak pedulikan saya....saya tetap ingat awak. walau macam mana saya cuba lupakan awak, saya cari yang lain, saya mengadu domba cerita keburukan awak kat teman baik saya, tetap jugak hati awak yang saya rindu, awak yang saya cari keesokkan harinya. saya pelik betul dengan diri saya..selama ini, belum pernah rasanya saya rasa begini, kalau ada pun, belum sampai tahap ini...

awak,
saya tak berani nak mengaku yang saya cintakan awak...saya hanya berani mengaku yang awak merupakan HABIT saya. apa itu HABIT, teman baik saya akan faham. kenapa saya tak berani mengaku awak cinta? sebab saya pernah gagal dalam cinta....terlalu cepat menilai perasaan sebagai CINTA..akhirnya saya tewas, saya menyesal...memang betul saya menyesal..tapi saya jadikan ianya pengajaran....banyak-banyak manusia yang saya kenal...kenapa AWAK HABIT SAYA?

awak,
selepas ini, saya rasa saya dah give up dah nak jadi kawan awak...walau sekadar kawan, saya rasa penat sangat. saya nampak awak sangat mengelak darpada saya sekarang.fahamlah saya. ataupun awak perlu masa untuk bersendiri. ENTAH. saya bukan penilai yang bijak. cuba saya sangat terasa hati bila awak buat saya macam ini. hanya......saya nak ucapkan terima kasih kerana ada ketika saya dalam kedukaan, mengembirakan hati saya ketika saya kesedihan. dan ada ketika saya dalam kesusahan. thank you so much. saya cuba taknak ganggu awak lagi. biarlah, saya mengalah. saya penat sangat menahan air mata yang kengkadang tumpah disebabkan awak. saya ingin menangis untuk diri sendiri, untuk keluarga saya...dan awak, biarlah awak jadi kisah silam saya.

love_piece


Wednesday, February 9, 2011

al-fatihah~

Today..

he received shocking news...his mother had passed away~...
well..what can i say....sedihnya...

dapat ku nangga kesedihan dimukanya..mata nya dengan linangan air mata..dengan esakannya...dapat ku rasa kesedihannya..kerana aku pun pernah mengalaminya....tak lama dulu..di saat tu..terkenang kembali kisah aku ketika kehilangan bapa tersayang..sesungguhnya..tiada kata dapat dingkapkan...hanya kesedihan yang mampu ku zahirkan....

ku berharap kau bersabar menghadapi dugaan ini...redhalah dengan kehilangan ibumu tercinta....kerana yang pasti ALLAH lebih menyayangi dirinya...kerana...dari NYA kita datang..kepada NYA jua kita kembali....

teringin nak menenangkan dirinya...kerana dia pernah menghiburkan hatiku ketika aku berduka..perlukan aku melakukan perkara yang sama?sememangnya perlu..tapi mampukah aku? kerana...aku tak pasti siapa aku di hatinya...terlalu banyak teka teki yang belom mampu ku huraikan....

pok...hanya dengan tepukan di belakang...and phrase "i hope u'll be strong" jak yang i mampu padah....sempat gik i berseloroh ngannya padah.."don't worry..i'll take care the office.."...hurm...i miss him damn much dear..wanna be at his side right now...but..i know that is soo impossible kan....huhuhu....

al-fatihah~

love_piece

Wednesday, February 2, 2011

my SPECIAL day~

salam..

second of February each year...i've turned older..and older..should i be happy? of cause not right?...but on that special day..special people will celebrate it with a blast party...even hurm....a blast date probably...hahaha..

but for me, on the year of 2011..my rabbit year....i am still with my own bored routine...how i wish at this moment..i am at the beach..with my special one...having a real nice yummy cake with candle on the top of it..and he sings me a song....with the tune of his guitar...owh..how i wish i can have that..on my special day..

more on the but...i am still here, feeling tired after a long journey...on the purpose of..working..huhu...on my special day...i am still working...got back from work with tired face..and having dinner with bungkus keautiaw...and getting tired of this celcom broadband...the service real sucks la...

so...what am i wishing and hoping for my special day..?

i just want to be side by side with my love ones....my mom..my sister..and my family...but what i real want now..at this moment..just want to be at the BEACH...even alone...i am craving for it ..i don't care...i really like the wave sounds...the sand...and the feeling that the beach gives me...a calm sensation of beach...ooohhh...

and ...can i have someone that really understand me..?and that the person can be with me tru my ups and downs...always be there whenever i need him? and always ready to lend his ears to listen to my problems..my story..yup..i love talking..even if its my routine...i don't care..i just love talking...

owh...i am really tired right now..and flo is talking real loud la..hahahaha....

i love u all...i love everyone who loves me...

what i really want for my birthday?...only me and Allah noes.....

love_piece