BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

a story of red wine part 2...

eerrmm entry ni aku juz nak cakap dua benda je...

1. AKU RINDU GLER KAT KO...seriuosly....(aku dah tulis kan...)...hahaha.....bile lagi ko nak balik ar? balik ar cepat-cepat...dapat ar kita wat ape yang kite slalu buat and yang tak sempat kite buat last time...time konvo aku nanti pun ko tak de gak...ar sedey ar....(tapi padan gak ar,...time ko dulu pun aku tak de kan...) tak de bunga/ bear-bear dari ko (hahaha...itu je kot sebab aku nak ko ade...hehehe...jangan marah..)...wei..serious..AKU NAK BEAR-BEAR...

2. Hepi befday to D.A.L....aku tau mesti ada sorang makhluk tuhan sekarang yang aku kenal heppi gler2....then ada gak dalam lubuk ati die sedey coz tak dapat nak wish FtF...D.A.L jauh sangat...tak pe...nanti dapat la korang jumpa balik ek...kalo ade jodoh..ade lah tu...you never know right...hahaha....ko happy...aku pun happy gak...

sekian.

love_piece

A story of red wine...

Ok….eerrrmmm today I don’t want to post anything new bout Misi Daniel. Nak rehat jap. Tengah syok dok melayan Utusan Malaysia and Berita Harian, tiba-tiba YM a.k.a Yahoo Messenger ku berkelip-kelip. Eh, siapa pulak ni? What? Dia? Ah, lamanya tak dengar khabar darinya? Ah, rindunya aku pada dia….lama betul dia menyepi…ke aku yang menyepi?

Kami berchatting sebentar. Tak lama kerana dia perlu keluar sebentar…eerrmmm…sedey betul time dia cakap macam itu. Yelah, lama tak jumpa, tak berbicara..baru nak warm up buat lawak bodo tu…tetiba dah nak chow….sedey siot…but bak kata orang putih…what to do…nasib bak dia masih ingat kat aku lagi…kalau nama aku ni terpadam, terdelete terus dari otak dia…lagi naya…hahaha…how I appreciate this friendship….

apa kaitan dengan red wine?...hahaha..hanya aku saja yang tahu....

love_piece

Friday, July 17, 2009

Misi Daniel 7

Danish sedari tadi asyik memandang perempuan yang agak jauh darinya. Cuba menikmati keindahan ciptaan tuhan. “Eerrmm, kenapalah aku asyik teringatkan dia ek? Sudah jatuh cintakah aku padanya?” Soal Danish sendiri. Jawapan yang hanya ada pada dirinya. Dia yang bertanya, dan hanya dia saja yang tahu akan jawapannya.

###

Herlin memandang Niel dengan penuh kegeraman. Nasib baik lah kau ni boyfriend terchenta aku. Kalau tak dah lama aku bagi side kick. Tak pun flying kick. Tepat pada mulut mu yang lancang mengeluarkan kata.

“ I dah cakap dah dekat you bawak teman baik you ni ke party ni. Kan I dah cakap yang I ada surprise untuk dia. You ni…you tak tengok ke betapa hampanya Danish bila tengok Rin tak datang?” Adoi, bala betullah. Rin yang salah, aku pulak yang kena tempias.

“I kan dah cakap yang Rin tu tak suka surprises. I dah pujuk dah dia supaya datang party ni. Dah dia tak nak, takkan I nak heret dia ke sini pulak?”

“Lagipun Rin tak pernah kenal siapa Danish, tak kan you tak faham-faham perangai dia yang takkan pergi ke majlis kalau dia tak kenal tuan rumah. Kata kawan baik, tapi..” Ah, malas betul aku nak bertekak dengan mamat ni. Lagi di lawan, lagi galak dia menjawab. Si Rin ni pun satu hal, aku dah cakap yang Niel pasti mengamuk kalau dia tak ikut. Tapi degil, kalau tak nak tu, tak nak jugak. Hish, korang punya pasal, aku yang dapat bahana. Benci!

Semasa dalam perjalan balik, aku dan Niel diam seribu bahasa. Biarlah radio memainkan peranan pulak. Dah malas betul aku nak argue dengan Niel. Hal yang kecik pun nak perbesarkan. Lagi satu, yang Danish beria-ria sangat nak jumpa dengan Rin tu apsal pulak? Macam lah dia kenal ngan Rin.

###

“Hai, monyok je muka? Tak mandi pagi ek? Patutlah aku cium bau semacam je ni.” Lin tengok aku semacam. Ek, kenapa pulak? Takkan aku cakap macam itupun nak marah? Mana sense of humour budak Lin ni?

“Banyaklah kau punya tak mandi. Aku tengah hot-temperature ni. Kau jangan nak bagi darjah kepanasan kat dalam badan aku ni naik lagi. Kau pun aku belum buat perhitungan tau” Eh, perhitungan apa pulak yang Lin cakapkan ni?

“Wahai cik Arinna, semalam gara-gara kedegilan kaulah aku dengan Niel bergaduh tau. Eh, geram betullah aku dengan korang berdua ni. Kerana kau, tak pasal-pasal aku dan Niel berperang mulut tau!” Aih, pulak dah…

“Cop..Cop…Bergaduh? Apsal? Disebabkan aku pulak tu. Setahu aku, aku tak ada simpan feeling-feeling kat Niel sampai kau perlu cemburu lantas menyebabkan kau bergaduh dengan Niel.” Aku makin galak menyakat Herlin. Saja nak buat kesimpulan yang melulu sikit. Biarlah dia panas sikit. Alang-alang dah panas hatikan. Lagipun dia marah sekejap je.

“Eh, tolong sikit. Apa kes aku nak cemburukan kau dengan Niel hah? Lagi satu, bila masa aku cakap yang kau ada feeling-feeling kat boyfriend aku? Kau ni, aku tengah hot betul ni. Kang daripada tak sanggup nak sidekick Niel, kau pulak aku flying kick kan. Baru padan dengan muka kau!” marah Lin lagi. Eh, marah betul ke dia kat aku? Apa hal pulak ni?

“Herlin, cuba kau bagitahu aku apa sebenarnya masalah yang menyebabkan kau angin satu badan kat aku ni?” Dengan nada serius aku bertanya.

“Kau tahukan semalam aku pergi party Danish tu. Dan aku tak bawak kau” Aku mengganggukkan kepala. Dan Herlin pun meneruskan kata-kata…

“Kau tahu, sebab aku tak bawak kau, surprise yang sepatutnya dibuat untuk kau tak jadi. And the most important thing is Niel marah betul-betul kat aku sebab tak bawak kau. Kau yang tak datang, kau yang buat hal aku pulak yang kena menjawab kat Niel.” Wah, parah jugak kes Herlin ni. Takkan disebabkan ketidak hadiran aku boleh menyebabkan banyak konflik berlaku? Aku ni YB ke yang patut hadir even ke party yang aku sendiri tak kenal siapa?

“Jap, aku memang betul-betul blur dengan situasi sekarang? Apa kes yang perlu kalut-kalut ni? Pasal aku tak hadir saja ke?” Tanyaku lagi. Ingin meminta kepastian. Sebetulnya aku sendiri memang tak faham apa sebenarnya yang terjadi. Herlin pun siap nangis-nangis lagi depan aku.

“ Kau tak hadir party Danish, Danish marahkan Niel sebab tak bawak kau. Dan Niel pulak melepaskan kemarahannya kat aku sebab aku sepatutnya bawak kau pergi party Danish. Faham?!” Adoi, tak payahlah nak jerit-jerit kat muka aku. Aku belum pekak lagi lah woi!

Aku hanya diam seribu bahasa melihat reaksi Herlin. Entah, aku tak tahu nak kata apa. Bak kata artist bila wartawan mula menerjah menanyakan soalan yang pelik-pelik, mereka akan berkata “ no comment”. Itulah yang aku rasa sekarang…

Disebabkan peristiwa itu, aku dan Herlin mula dingin. Kami tak mesra seperti dulu. Aku betul-betul tak sangka yang minah ni akan marah sampai macam tu sekali. Tapi yang peliknya aku tengok dia dan Niel ok je, macam tak pernah gaduh pun. Tapi bila dengan aku, dia buat acuh tak acuh saja.

“Lin, jom pergi Library. Aku nak carik references untuk assignment Dr Mahmud ni. Minggu depan dah nak kena hantar.” Herlin masih diam seribu bahasa tanpa menoleh ke arah ku. Besar sangatkah kesalahanku sehingga dia marah sebegini? Dah 3 hari dah dia tak nak layan aku.

“Herlin Mohd Yazid, saya nak ajak awak pergi library. Jomlah” Dia masih mendiamkan diri. Aku dah buat suara ala-ala cikgu disiplin pun dia masih buat dek je kat aku?

“Herlin!” Teriakku sehingga menyebabkan semua mata yang berada di lobi fakulti tertumpu kepada kami berdua. Alamak, terjeritlah pulak. Kuat lagi tu. Tak guna punya Lin, kan dah termalu sendiri aku.

Tiba-tiba aku dengar Herlin gelak. Kuat lagi tu. Dan aku pun turut gelak sama.Kami terus gelak…dan gelak…..


p/s: eerrmm...xda papa nak padah sebenarnya. to apiz, mun mek ada idea, adalah cita baru gik.hahahaa...kelak cliche cita lak...


love_piece

Thursday, July 16, 2009

Misi Daniel 6

Pagi ini banyak betul benda yang perlu aku selesaikan. Mana nak siapkan laporan makmal, mana nak study untuk kuiz esok hari. Mana nak buat group discussion lagi. Dahlah petang ni nak jumpa dengan Prof. Harith.

Prof Harith ni mengajar kita orang subject Gene Manipulation. Seorang pelawak yang kadang-kadang membuat lawak yang sarcastic. Bila mengajar pulak, memang akan menyebabkan bebola mataku sakit dan menyebabkan kelopak mata aku dengan yakinnya menutup keseluruhan mataku. Hahaha…Bermaksud aku akan tertidur di dalam kelasnya. Untuk pengetahuan semua, bukan aku sengaja untuk tidur di dalam kelas Prof Harith, tapi disebabkan dia mengajar punyalah slow, siapa tahan beb. 4 flat student pun siap air liur meleleh-leleh lagi, apatah lagi aku yang takat 3 flat ni. Hahaha….

“ Eh, kau rasa sesuai tak baju ni untuk party malam ni?” Ah, Herlin ni. Termasuk baju yang dia tengah cuba sekarang, dah 6 pasang dah baju dia cuba. Semuanya tak berkenan di matanya. Tak sesuaila, tak cantiklah, kurang menariklah. Macam-macam komen yang keluar dari mulut minat sekor ni. Padahal nak pilih satu dress je untuk party Danish.

Danish ni kawan baik Niel a.k.a. boyfriend Herlin. Niel ni pun satu hal jugak, yang dia last minute bagitahu Herlin pasal party malam ni apa ke hal? Last-last aku yang sememangnya busy ni jugaklah yang kena temankan minah ni bershopping.

“Cantiklah sayang. Sesuai sangat dengan tubuhmu yang lampai tu. Eh, Herlin, kau ni nak cuba berapa banyak lagi baju hah? Kaki aku ni dah nak patah dah asyik temankan kau. Dah hampir satu bagunan ni kita ronda, tak kan tak jumpa lagi yang berkenan di hati kot?”

“Ala, belum ada yang betul-betul ngam ngan aku la”

“ Amboi, setakat party Danish yang entah apa-apa tu tak payahlah nak melaram sangat. Pakai je jeans and t-shirt. Sempoi apa?”

“ Wei, tolong sikit. Apa class pakai jean and t-shirt? Nak mati kena kutuk ngan Niel?” Wah, apa class? Tak sayang mulut ke minah ni or dia dah hilang ingatan? Yang dia dok tiap-tiap hari pergi kelas dengan jeans and t-shirt tu apa ke hal?

“Eh, lupa nak bagitahu kau. Niel ajak kau skali la. Dia cakap ada surprise untuk kau. Kau mesti datang ok?”

“Eh, kau ni. Tak naklah aku. Aku tak kenal siapa-siapa kat party tu. Kau dan Niel je yang aku kenal.

Lagipun itukan party Danish. Dan aku pulak tak pernah kenal siapa Danish tu. Entah siapa-siapa ntah.” Kataku pada Herlin.

Aku sebenarnya tiada mood nak pergi berparty kerana bagiku ianya cukup membuang masa ku yang sekarang ini ku kira amat penting bagiku. Kerja dan tugasan yang berlambak menunggu untuk ku siapkan. Lagipun aku tak kenal siapa makluk tuhan bernama Danish. Aku kenal nama je, itupun sebab Herlin selalu bercerita pasal Danish padaku. Yang aku tahu Niel dan Danish start berkawan time dia orang join PLKN suatu ketika dulu.

“Lin, tak kira. Kau kena pergi jugak. Niel dah pesan pada aku supaya bawak kau pergi sama. Ada surprise untuk kau.” Pujuk Herlin lagi. Mukanya seakan-akan merayu padaku untuk pergi. Kenapalah minat ni nak sangat aku pergi party tu? Surprise? I hate surprises. Nak kenakan aku agak nya. Baik aku fikir apa lagi alasan untukku tidak pergi.

Akhirnya setelah berjaya mencipta pelbagai alasan, Herlin give-up nak paksa aku lagi. Ah, lantaklah. Daripada aku buang masa pergi party orang yang tidak dikenali, baik aku siapkan kerja yang tak siap-siap lagi. Ada jugak faedahnya.

###

“Alamak, laparlah pulak. Errmm…baru pukul 4.30 petang ni, nak gi mana ek?”

Itulah, Herlin ajak join party Danish tak nak, nak buat assignmentlah, tak kenal Danishlah. Padan muka aku. Dan sekarang ni aku pulak dok termenung memikirkan nak pergi makan kat mana. Selalunya aku dan Herlin akan plan dulu nak pergi makan kat mana, nak makan apa, nak jalan kaki ke nak naik bus. Pendek kata semua perkara yang kami nak buat, kami plan dan rancang betul-betul. Bak kata pepatah ‘ sediakan paying sebelum hujan’. Eh, ada kaitan ke? Entahla…

“Adik, bagi saya coke large satu, set no 25 satu dan rojak satu.” Kataku kepada pelayan sambil tanganku ligat mengeluarkan notebook Acer kesayanganku. Eerrmm… kali ini aku nak cuba pulak makan kat restoran Summer Valley setelah direkomenkan oleh Nadrah, housemate aku. Itupun si Nadrah tu kesian tengok aku dok pening kepala mengerah otak mencari tempat untuk mengisi perutku yang semakin galak mendendangkan irama rock n roll. Hahaha…”Ok jugak tempat ni, siap dapat wireless free lagi.” Ngomelku dalam hati. Yelah, sekarang ni berebut-rebut tokey premis makanan menyediakan kemudahan wifi kepada pelanggan untuk menarik perhatian mereka supaya mengunjungi premis makanan mereka.

“Kak, ni ordernya.” Wah cepat pulak orderku sampai. Tak sampai 15 minit dah ada dah. Bagus…bagus..

“Terima kasih ye.”

Seronok jugak duduk melepak kat restaurant ni. Tempat ok, selesa, siap ada air-con lagi. Makanan not bad, sesuai dengan harga yang ditawarkan. Dan yang paling penting, dapat online free. Aku memang kaki online, kalau boleh nak 24/7 online. Tapi mana mungkin kan? Hahaha…

Errmm..nak cari apa ek? Email dah check, Facebook pun dah bukak, Penulisan2u pun aku dah geledah. Tengah aku syok-syok fikir nak bukak webpage apa lagi, tetiba mataku terpandang kelibat manusia yang aku kenali. Eh, dia? Siapa perempuan sebelah dia tu? Macam aku kenal je perempuan tu. Eh, dia orang ada apa-apa ke? Bila masa?

Adoh, macam-macam soalan berlegar di ruang fikiran aku. Kenapa dia bersama perempuan itu. Aku kenal siapa perempuan yang dikepitnya. Kenapa mereka berada disini? Wah bukan main mesra perempuan itu memaut lengan dia? Dah tak reti nak berdiri sendiri ke? Gedik!

Sebaik sahaja drama sebabak yang ku tonton tadi habis, aku meneruskan pencarianku di dunia maya ini. Entahlah, macam dah malas dah otakku memikirkan perkara yang berkaitan dengan mamat sepet ni. Dahlah masih tak dapat jawapan untuk persoalan kat Santubong itu lagi. Dah tu tertontonlah pulak scene menarik ni. Free pulak tu! hish, bias bikin hati parah ni!

“AKU DAH NAIK BOSAN!” jeritku sekuat hati. Biar semua organ-organ aku dengar. Biar pekak telinga dia orang. Apa kaitan dengan organ? Sebab aku hanya mampu menjerit sekuat hati, dalam hati. Image mesti di jaga. Banyak orang kan restaurant ni. Takkan nak tambahkan lagi scene untuk drama sebabak ni? Buat malu je.


p/s: aku harap tiada lagi idea-idea merapuku untuk meneruskan cerita ini.hahaha....thanks again sebb sanggup tgu. dah ada sambungannya. cuma tgu nak upload lagi. cerita ini diyakini hampir selesai...hehehe...


love_piece

Tuesday, July 14, 2009

Misi Daniel 5

Suasana sekitar pantai yang sebelum ini hanya ditemani oleh alunan-alunan gemersik ombak menjadi bising dan gamit dengan kehadiran kami. Sejak dari dahulu lagi apabila SG berkumpul dan memulakan aktiviti, suasana yang sunyi boleh menjadi bising. Sehinggakan kami pernah di halau keluar dari sebuah premis makanan yang terkenal di kawasan Kuching dek kerana perangai yang kekadang aku boleh katogerikan ‘sewel’. Hahaha….

“Eerrmm…lagu yang bakal aku dendangkan ini aku tujukan khas kepada sahabat baikku, Arinna Hani.” Petikkan gitar daripada Herlin membuatkan aku yang syok dok berkhayal terpana seketika. Eh, kenapa pulak Herlin ni? Dah buat tabiat ke apa? Eh jap, dia reti main gitar ke? Tak pernah pun aku tengok dia main gitar sebelum ni?

“Setiap hari ku tulis

Yang ku telah jatuh cinta

Tapi ku rasa bersalah tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa

Apa yang sedangku rasa

Kepada tancap asmara

Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyinta mu

Maaf jika ku tak padan denganmu

Tapi ku berjanji kau juwita hati

Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu

Maaf aku yg terlanjur merindu

Didalam hujan renyai

Aku mengintai langit

Mengharap engkau akan setuju

Menyintai aku”

Adoi, Lin ni. Aku dah nak nangis dah ni. Dah lah aku memang berkhayalkan mamat sepet tu tadi. Macam tahu-tahu pulak minah sekor ni. Dia ni ada kuasa psikik ke?

“Oh air mata, janganlah kau turun di kala semua gang-gang ku ada di sini.” Kataku dalam hati. Takkan tetiba je aku nak nangis kan. Kang jadi mata-mata pulak geng-geng aku ni. Yelah, semua mesti nak soal-siasat, nak tahu penyebab air mata aku yang kurang berharga ni gugur. Kurang berharga? Yelah, sebab aku ni MINAH JIWANG. Gelaran yang aku sandang sejak Form 4 lagi. Tak ada siapa yang boleh lawan tau. Hahaha…

Herlin masih meneruskan nyanyiannya walaupun hati aku meronta-ronta menyuruh Herlin menghentikan persembahannya yang ‘mantap’ itu. Tak boleh jadi ni, makin lama aku kat sini, makin tak boleh tahan minah sekor ni nak keluar a.k.a AIR MATA.

Dengan senyap lagi berhati-hati, aku meninggalkan geng-geng aku. Takut dia orang perasan pulak. Aku cuba mencari ketenanganlah sorang-soranglah pulak. Sejuk jugak malam-malam ni. Yelah dah namanya pun angin pantai. Tengah aku syok-syok menyusuri pantai, tiba-tiba mata ku terpandang suatu lembaga. Alamak, binatang apa tu?

Di sebabkan tahap ingin tahu yang tinggi walaupun aku ni tak adalah berani sangat, aku gagahkan diri untuk mengenal pasti apakah benda yang aku nampak sebentar tadi. Lembaga yang aku nak kenal pasti ni tengah syok duduk kat atas batu pantai ni. Duduk sorang-sorang pulak ni. Eh, nampak macam manusia.

“Anak siapalah ni? Duduk sorang-sorang kat atas batu. Putus cinta ke apa budak ni” Ngomel ku sambil kakiku laju menuju lembaga tadi.

Setiba aku dekat batu tersebut.

“Eerrmm hai, buat apa tu?” Alamak, soalan bodohlah pulak keluar dari mulutku.

Lembaga a.k.a manusia tadi masih mendiamkan diri. Tiada apa-apa kata keluar dari mulutnya. Ada emas ke apa kat mulut manusia ini? Eh, macam kenal je?

“Eerrmm…awak….awak…Daniel ke?”Tanyaku lagi. Ya Allah, apakah semua ini? Daniel ke ni? Ke aku ni dah angau sangat kat mamat sepet tu sampai semua orang yang ku lihat macam Daniel.

“Oohh…hai…ya saya Daniel. Macam mana awak boleh tahu nama saya?” Soal manusia di hadapan ku. Mukanya penuh dengan tanda tanya.

Ya, memang benar. Tiada apa yang benar melainkan yang benar. Manusia di depan ku kini memang Daniel. Eh, kenapa pulak dia tak kenal aku? Bukankah aku ni kawan dia ke? Yang sebelum ini pernah satu group dengan dia. Pernah makan bersama-sama walaupun ditemani berpuluh yang lain. Time itu kita orang pergi satu batch. Of couselah berpuluh-puluh orang join. Hahaha…musykil betullah.

“Eh jap, u tak kenal I ke? I kan satu batch dengan you. Biotech?Unimas?” Tanyaku lagi. Kali ini muka aku pulak yang penuh dengan tanda tanya.

Tiba-tiba aku dengar dia gelak.Kuat. Eh, dah gila ke apa budak ni. Tiba-tiba je ketawa kuat. Dahlah tak ada apa-apa pun yang melucukan mahupun lawak yang boleh membuatkan dia ketawa.

“Oohh…I rasa you dah salah orang lah.” Katanya lagi. Aku masih lagi memberikan reaksi yang aku sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan.

Takkan pelanduk dua serupa kot. Nama sama. Bentuk badan pun sama. Muka tak payah ceritalah. Memang sama. Tak tahu pulak tang bahagian mana yang lain. Memang sah lah budak ni Daniel Lee. Takkan Daniel Lee ni ada klon.

“I rasa I tahu Daniel yang you maksudkan. Tapi malangnya I bukan Daniel yang you kenal.”

“So, you ni mengaku yang you Daniel. Tapi kenapa pulak you sure sangat yang you bukan Daniel yang I kenal?”

“Sebab I sure yang Daniel you kenal bukannya I. Dan I kenal siapa Daniel yang you kenal Faham?” Pulak dah…kenapa pulak boleh jadi macam ni. Siapa budak di hadapan aku ni?

“Anyway, nice meeting you. I got to go now. Bye. See you later.” Eh, tiba-tiba je nak blah. Aku belum dapat kepastian lagi dia dah nak chow.

“Eh, jap. I nak tahu you ni siapa?” Teriakku. Kuat. Tapi mamat ni buat-buat tak dengar pulak. Laju betul dia lari.

“So, kau rasa betul tak apa yang aku rasa?” Anak mataku tepat memandang ke arah Herlin. Sudah penat mulutku bercerita kembali apa yang telah berlaku pada malam terakhir holiday kami dekat Santubong. Kisah pertemuan aku dengan ‘Daniel’. Sampai sekarang aku masih keliru. Siapa sebenarnya yang aku jumpa pada malam itu. Wah, dah macam cerita seram lah pulak.

“Teka apanya? Aku rasa itu memang bukan Daniel kau la. Kau salah orang kot. Mana tahu pelanduk dua serupa.” Ah, Lin masih lagi nak menafikan perasaan aku. Perasaan aku? Ya, Memang kuat firasat aku mengatakan itu adalah Daniel aku. Tak mungkin aku salah orang. Dan tak mungkin juga pelanduk dua serupa. Tak mungkin!

“Ah, aku memang sure itu Daniel aku. Cuma maybe dia tak berapa kenal dengan aku je. Dia pun bukannya rapat sangat dengan aku.” Kataku dengan penuh pasti. Tak pe, kalau aku jumpa Daniel, aku akan minta kepastian darinya.


p/s: sorry lambat skit upload. hehehe..masalah teknikal. hope enjoy...


love_piece

Thursday, July 9, 2009

Misi Daniel 4

Don’t jump into any conclusion lah sayang. Hehehe. Well, buat sekian kali nya jangan confuse, bukan seorang je dalam dunia ni bernama Daniel. Dan kebetulan boyfriend Herlin bernama Daniel Armand dan Daniel aku bernama Daniel Lee. Daniel Armand ini one of my Skool Gang.

Skool Gang ditubuhkan sewaktu kami di tingkatan 5. Time tu tengah feeling jiwang karat la. Kononnya tak sanggup nak berpisah after SPM. Then tertubuhlah Skool Gang a.k.a. SG. SG kita orang ni siap ada website lagi untuk kemudahan kepada gang-gang kami yang berada di luar kawasan, negeri mahupun Negara. Webmasternya siapa lagi, akulah. Daniel Armand dengan Herlin start couple feeling-feeling pun sebab dia selalu tolong aku update website SG. Dari website itulah dia orang kawan. Mula-mula kawan biasa, lepas itu jadilah pulak kawan luar biasa. Hehehe…

Berbalik kepada holiday event yang bakal berlangsung tak berapa lama lagi, kami sepakat untuk memilih pantai Santubong untuk dijadikan vanue. Tak lah jauh sangat kami nak pergi and set-up apa-apa yang patut. Pengelola untuk party event kami tak lain dan tak bukan, Herlin. Errm mesti korang ingat aku kan? Oh, please. Tak naklah jadi project manager. Cukuplah aku yang handle segala aktiviti-aktiviti SG sebelum ini. Kali ini aku nak bagi kat protégé akulah pulak. Segala persiapan hampir 95% siap. Confirmation dari setiap ahli pun dah dapat, cuma si Sepol a.k.a. Khairul Saiful Nizam, one of the SG member yang tengah belajar dekat Shah Alam je yang liat sikit nak buat confirmation. Daripada zaman mulanya penubuhan SG sampailah ke hari ini, dialah yang paling banyak memberikan masalah kepada ahli tertinggi SG. Padahal si Hafiz yang duduk jauh kat London tu boleh je say yes. Bukannya tak ada duit nak balik, saje je nak bagi Herlin angin satu badan. Bersabarlah ye wahai cik Herlin ku sayang.

“Semua gang dah ada? Tak de yang tertinggal kat mana-mana ke?” Soal Herlin kepada kami sambil menjeling ke arah Sepol. Sengaja menyindir Sepol. Sepol ni pun satu, kalau ye pun tak suka dengan vanue kali ini, janganlah buat muka perangai. Ini tidak, nak komplen je memanjang. Nasib baik lah mamat tu gang aku, kalau tak dah lama aku sumbat mulut dia dengan ‘pekasam’. Biar dia tahu betapa busuknya mulut dia. Hahaha…

“Semua ada dan sihat sejahtera, cik Herlin” Jawabku diiringi sengehan daripada geng-gengku. Masing-masing memahami situasi yang sedang berlaku.

“Baiklah, kalau begitu baguslah. Manalah tahu ada yang masih tertinggal di Shah Alam ke?” Amboi Herlin ni. Kalau ye pun nak menyindir janganlah terang-terang lagi bersuluh, aku tengok anak mata Sepol dah macam nak terbonjol keluar. Adoi, malapetaka betullah.

“Ok, sebagai Project Manager untuk event kali ini. aku nak terangkan tentative program kita ye. Kat tangan masing-masing dah ada salinan tentative kan?”

“Sebagaimana yang diketahui, program kita berlangsung 2 hari satu malam. Tak lama itu. Aku tahu ada di kalangan gang kita ni tak sanggup berpisah dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Sabar ye…”

“Pembahagian tugas dah disertakan bersama-sama tentative program. Pandai-pandailah korang baca, fahami dan ikut. Takkan pelajar uni tak reti nak ikut semua tu kan? Lepas ni semua masuk ke bilik masing-masing dan buat ape yang patutlah. Pukul 8 nanti kita berkumpul kat bawah. Ok? Ada apa-apa nak tanya?” Dan semuanya menggelengkan kepala tanda faham.

Herlin, Herlin. Macam program budak sekolah je aku rasa event yang dia buat ni. Tak pun macam minggu oreintasi yang selalu kita orang buat untuk freshie. Tapi nak buat macam mana, dah stail dia macam itu. Teliti.

Segala perancangan yang di atur untuk event kali ini berjalan dengan lancar. Semua SG member 99% kerjasama. Kenapa 99%? Jawapannya cukup mudah. Nothings perfect or dalam bahasa melayunya tiada benda dalam dunia ni yang sempurna. Setiap apa yang dirancang mesti ada cacat cela nya. Cuma bagaimana kita nak mengatasi ketidak sempurnaan itu yang penting. Wah, bersyarah pulak aku ni.

“Wei, yang kau tersengeh-sengeh macam kerang busuk ni kenapa hah? Dah gilo ko apo kau ni?” Sergah Herlin sewaktu kita orang on the way balik dari Santubong.

“Eerrmm eh, tak de pape lah” Jawapku dengan nada mengelabah.

“Ha, baguslah kalau tak ada apa-apa. Aku takut manalah tahu kau dah kena sampuk dengan penunggu kat Gunung Santubong itu. Kang tak pasal-pasal aku tak selamat balik Kuching”

“Eerrmmm…sebenarnya…ada apa-apa. Eerrrmm macam mana aku nak cakap ek?” Adoi, sebenarnya something had happen sewaktu kat Santubong tadi. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahu kat Herlin.

“Aku dah agak dah. Kalau dah tersengeh-sengeh macam kerang busuk, tetibe je gelak macam hantu Pontianak ni memang ada something ni. Macam lah aku baru kenal kau sehari dua. Hah, apa kes pulak kali ni?”

“Ala, janganlah cakap macam tu. Kecik ati aku yang sememangnya dah kecik ni dengar tau” Ku buat ayat-ayat merajuklah pulak. Hehehe…saje je nak buat ayat.

“Begini, kau tahu tak masa malam kita barbeque, aku terjumpa seseoranglah. Errm…aku rasa aku macam ternampak Daniel.”

“Apa?! Daniel?”

p/s: errmm....dah penat jugak aku 'berkareh' mencari idea macam mana nak mengolah ayat...kalau rasa x best tu...sorry je ek...btw...i think i'm going to end this story soon. even my friends said..just continue it...but i think i better end it so i can start to write other story...hahaha...dah ada idea dah tok...


love_piece


Tuesday, July 7, 2009

Misi Daniel 3

Cadangan kedua yang ku anggap bernas rupa-rupanya dusta semata-mata. Penyebab? Tak mungkin mamat sepet tu kan? Sudah tentunya minah LAMPI a.k.a AKU la. Kenapa? Sebab nya aku tak berani. Adoi, masalah-masalah. Sudah berapa peluang muncul di depan mata mahupun sengaja di adakan oleh teman sekomplotku a.k.a. Herlin, namun dek kerana masalah gemuruh dah gagap yang kekadang muncul tak kena tempat menyebabkan plan Herlin rosak, punah dan musnah.

Bukan aku aku tak pernah buang masalah-masalah peribadi yang selalu muncul saat-saat genting begini. Sudah puas mandi bunga, mandi bawah janbatan mahupun mandi dalam perigi dipenuhi minyak aromaterapi, tetapi semuanya tak membawa kesan apa-apa. Penyakit aku ini umpama kalis segala rawatan tradisional. Nak aku rawat menggunakan khidmat rawatan moden a.k.a doctor, lagilah mengarut dan mencarut. Buang duit dan masa plus tenaga je nak berubat, silap-silap di baginya aku ubat antidepressi. Eh, apa aku mengarut ni?

Berbalik kepada cerita aku tadi, setelah beberapa hari aku cuba mengaplikasi segala ajaran-ajaran yang Herlin perturunkan kepadaku, semuanya tidak menjadi seperti yang dirancangkan. Entahlah. Sebetulnya aku tak tahu dimana silapnya kali ini. Untuk kesekian kalinya aku rasa lebih baik aku give-up je ngan mamat sepet ni. Dah puas aku cuba, namun lain pula jadinya. Betullah kata pepatah, ‘kalau dah jodoh tu takkan kemana’.

Aku masih teringat lagi kata-kata seorang teman.

“Walau kemana kau pergi, dengan siapa kau berjumpa, dengan siapa kau berkasih malah sekuat mana kau menggelak, jika termaktub dia milikmu, dia tetap milikmu”.

Perjalanan kehidupan ku sebagai mahasiswa ku teruskan jua walaupun misi ku terhadap Daniel belum membuahkan apa-apa hasil. Walau apa pun yang terjadi, kehidupan perlu ku teruskan jua. Takkan ku hampakan harapan kedua-dua ibu bapa ku yang bersusah payah semata-mata ingin melihat aku berjaya di menara gading. Malah Daniel juga jarang-jarang ku temui. Ah, ketepikan sebentar kisah Daniel.

“Lin, macam mana plan holiday geng-geng kita? Jadi ke tak? Kalau jadi, bagitau awal-awal. Dapat aku settlekan schedule untuk bulan ni.” Lin memandang muka ku dengan muka yang tak puas hati. Eh, kenapa pulak dengan minat sekor ni?

“Amboi, banyaklah kau punya schedule. Habis aku ni tak perlu nak settlekan apa-apalah. Kau sorang je yang sibuk, banyak hal sana sini.” Eh, marah pulak si Herlin ni.

“Kau ni kenapa? Aku tanya je. Takkan itu pun kau nak naik hantu? Kau ni meroyan ke apa?” Tanya ku pada Herlin. Tak pernah dia buat perangai begini dengan aku.

“ Macam mana aku tak hangin satu badan. Mama Kasing a.k.a Dr. Kasing naik hantu lagi lah. Tak habis-habis nak torture kita orang. Hari tu nak plan gaya A. Dah bagus-bagus plan di buat, dibentang, dia nak plan B lah pulak. Dah siap plan B, nak balik plan asal. Kau bagitahu aku, makhluk mana kat bumi ni tak mengamuk kalau kena buat macam itu?”

Wow, kes berat ni. Mama ni pun agak-agaklah kalau nak torture. Dia ingat student macam kami ni tak ada life ke? Tak busy ke? Tak ada keja lain ke selain nak menghadap assignment dan duduk exam je? Hish, kalau kena kat batang hidung aku, dah lama kau confront dengan orang tua tu. Biar padan dengan muka dia. Tapi korang janganlah ingat aku nak confront sorang-sorang. Itu pergi bunuh diri namanya. Suicide.Bawalah satu group ke, satu bacth ke. Baru trill beb!

“Wei, rilek lah kawan. Bawak banyak bersabar. Cuba kau orang pergi confront ngan mama. Tanya dengan dia apa yang dia nak sebenarnya. Kalau tak ada tindakan daripada pihak kau orang dan asyik ikut kepala dia je, kes korang ni takkan selesai. Sampai ke tualah korang will face the same situasion.”

Wow, pandai pulak aku bagi cadangan dengan Herlin. Aku kalau pasal lecturer yang berperangai ‘pelik’ sikit ni, memang macam-macam idea yang terkeluar di otak macam mana nak handle. Tapi kalau bab bernama L.E.L.A.K.I memang nombor satulah pro. Nombor satu dari belakang dan memang perosak. Hahaha….iyo lah tu!

Misi confession ku terhadap Daniel si mata sepet harusku lupakan seketika disebabkan ada event yang lagi besar yang harus ku buat. Holiday cum farewell party for our gang. Plan holiday tu memang kita orang dah plan awal-awal dah. Kita orang yang aku maksudkan ialah geng-geng sekolah ku dulu. Mesti ada di antara korang hairan macam mana Herlin boleh termasuk dalam geng sekolah aku sedangkan aku baru kenal dengannya time uni kan? Well, Herlin ini girlfriend Daniel. Eh, Daniel?

p/s: sambungan baruk jak i finish tek. gik tengah mike gney nak molah ending. suppose tok cerita pendek a.k.a cerpen but turn out macam panjang semacam jak dah tok.


love_piece

Misi Daniel 2

Cadangan pertama: buat ala-ala aku ‘tersalah’ hantar sms.

Adoi, sebelum langkah pertama berjalan, dah ada masalah. Masalahnya si Daniel tu tahu telefon number aku. Mesti korang tengah fikir kan macam mana Daniel tu tahu number aku? Mestilah dia tahu sebab dia pun KAWAN aku. Kawan yang ala suam-suam kuku jelah. Takla rapat mana pun. But at least he got my number. And that’s the problem! Macam mana nak buat ala-ala salah hantar sms then memulakan ayat-mengayat yang power ni? Time ni mesti korang ketawa or geleng kepala dengan step 1 aku kan? Oh, pleasela. Tolong jangan cakap yang taktik ini tak pernah korang fikirkan mahupun korang buat. Entah-entah korang pun pernah buat jugak kan. Setelah ditambah ditolak plus dibahagi dan didarab, akhirnya step 1 yang childish ini di pangkah. Bermaksud cadangan di tolak!

Abis tu, terbitlah cadangan kedua: merapat hubungan dengan dia.

Aish, macam pelik je bunyi cadangan ni. By the way, cadangan ini si Herlin yang punya. Aku pun pelik plus musykil apa maksud di sebalik ayat ni. Bila ku tanya balik dengan Lin, dengan muka yang tak puas hati sambil mengata aku LAMPI a.k.a Lambat Pick-up menerangkan dengan sejelas-jelasnya di sebalik cadangannya tadi.

“Ala, macam ni. Kau buat-buatla yang kau tu rapat dengan dia and geng-geng dia. Walaupun di ketahui oleh aku dan engkau bahawasanya yang korang memang tak rapat, tapi demi mencapai cita-cita kau yang entah apa-apa tu, kau buat je muka tak malu. Rapatkan silaturahim antara korang berdua.” Terang Herlin panjang lebar.

“Ya Allah, aku tahula pasal rapat-merapat ni. Tapi MACAM MANA?”

“Hish, kalau dah LAMPI tu LAMPI jugak lah.” Marah Lin.

“Begini, bila kau nampak je si mamat sepet tu a.k.a Daniel, kau tegurlah dia. Tanya dia sihat ke, tengah buat ape ke atau apa-apa yang boleh dijadikan start-up untuk korang berbual-bual. Ini tak, bila kau tengok je Daniel tu, sepuluh kilometer lagi kau dah buat-buat tak nampak dia. Padahal dalam hati bukan main lagi dup dap dup dap. Penakut!”

“Wei…aku sekeh kang kepala kau. Siapa penakut hah?!” Marah ku. Pantang kalau diriku dikatakan penakut. Tapi ada benarnya apa yang Lin perkatakan. Hehehe…

“Ala, janganlah marah. Betul apa yang aku cakap bah. Kau kena mesra dengan dia orang. Buat macam kawan rapat. Lama-lama nanti apabila dah serasi dan faham-memahami, baru senang nak tackle hati si Daniel ni. Ngerti ngak?” Wah, speaking da Indon pulak minat sekor ni.

Errm…betul juga apa yang diperkatakan oleh Herlin. Memang aku akui aku akan cuba mengelak untuk bertembung dengan Daniel. Kalau bertembung tu macam semua benda yang aku buat tak kena. Tapi aku telah menetapkan bahawasanya aku akan buat-buat friendly kalau bertembung dengan si Daniel pujaan hati pengarang jantung ku itu.

p/s: ada sambunganya lagi. just wait. hehehe...tengah berkareh neh...for *someone* hope you like it...


love_piece

Misi Daniel 1

“Lin, kau rasa apa yang patut aku buat sekarang? Aku dah buntu la. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.” Tanyaku pada Herlin.

“ Entahlah Rin, aku pun tak tahu macam mana nak solve masalah kau ini. Tapi kalau aku, aku cakap je lah. Daripada sakit hati macam ni, baik cakap je. Positive or negative outcome doesn’t matter la. However, it is your choice and decision. Just think carefully before jump into any decision.”

Adoi, budak Herlin ni. Bukannya nak membantu, nak menambahkan kekalutan dalam fikiran aku ini lagi ada. Herlin, teman baikku sepanjang aku menuntut di university ini. Pertemuan yang tak dirancang akhirnya menjadi titik permulaan persahabatan kami berdua. Dan kini idea-idea yang selalunya bernas daripada Herlin amat ku perlukan.

Sebenarnya aku tengah kalut. Sepatutnya sebagai seorang mahasiswa, aku memikirkan tentang masalah study, assignment yang tak siap-siap ataupun bagaimana nak settlekan problems matematik yang memeningkan otak. Tapi, hal lelaki jugak yang aku fikirkan. Lelaki? Yah. Lelaki. Guy. Banyak-banyak mamat kat uni ni, budak mata sepet jugak yang merunsingkan otak aku. Adoi~

Lelaki yang membuatkan kehidupan student second year seperti aku ni merana bernama Daniel. Ya, Daniel Lee. Entah, nak dikata budak Daniel ni hemsem, tak delah sangat. Hemsem lagi budak speckie yang duduk sebelah aku time class Japanese language. Tapi budak speckie tu dah ada orang punya, si Daniel aku tu speckie jugak…eh jap…Daniel aku? Hahaha…saje je tu nak suspen. Daniel Lee belum jadi hak aku. Itu yang buat aku angau ni. Aku dah suka kat dia, dan dia pulak single. Itupun setelah aku dok usha-usha best friend dia, baru dapat tau dia ni single-mingle. Kalau milik orang, tahun tok gajah dulu lagi dah aku reject.

Permasalahan yang paling besar sekarang, macam mana aku nak confess kat Daniel. Nak harapkan Daniel nak cakap ‘I LOVE YOU’ kat aku memang HARAM. Tak kan ku dengar dari mulut mamat tu. Mesti dalam kepala korang cakap “ala, ape susah sangat, confess je la. Bukan mati pun. Tak luak pun.”

Korang cakap memang senang, Aku yang nak buat ini yang parah. Dah bersem-sem aku tunggu nak confess kat mamat ni. Aku mula interested kat mamat ni sejak semester pertama lagi. Tapi time tu takat interested tahap suam-suam kuku je. Lagipun, time-time tu jugak aku tengah dok pandang-pandang jelling-jeling kat mamat lain jugak. So, tak delah menumpukan sepenuh perhatian terhadap Daniel sorang je. Tapi, makin lama, makin la si Daniel ni menarik perhatianku. Entah minyak apa si Daniel ni guna, aku pun tarak tau la , bak kata mamat india si roti canai yang aku selalu makan tu. Dan ketika ini, aku tengah memikirkan strategi macam mana nak confess kat mamat mata sepet ni. Bak kataku di awal tadi, nak harapkan dia, memang takkan. Lagipun, tahu ke dia aku aku ni angau satu badan kat dia?

Maka strategi pun bermula.

p/s: story ni xda kaitan dengan sapa-sapa je k. jangan nak perasaan lak.:P but this story terterbit disebabkan kebosanan teramat sangat disebabkan ketiadaan kerja lain yang lebih berfaedah yang mampu ku buat. hahahaha...hope *someone* whom you know who you are like the story....


love_piece

Thursday, July 2, 2009

holiday...

holiday....wah..bestnya...dapat pergi holiday..biarpun dalam sarawak saja...aku gembira bukan kepalang...bukan selalu aku dapat holiday bersama-sama keluarga..not only my parents and my little bro n sis yang ikut..my cousin, my aunt and segala-gala kaum kerabat aku join sekali...bunyi memang meriah..dah sememangnya meriah...


actually it's my cousin wedding that we have to attend..at miri...most of my family members guna jalan udara a.k.a flight la....then my dad plan we used jalan darat la...a.k.a drive ..venture sikit...dapat singgah sibu n bintulu sekali...and so..our unplaned holiday started...
supposed there were 3 cars to join the 'darat konvoi' but one of the car tarik diri...and yang tinggal our car and my uncle's car yang masih on with the konvoi plan...

and problems were already started before the journey..not's involving us actually but my uncle. sikap kedekut yang sememangnya diketahui umum nampak semakin ketara sebelum journey bermula...entahla...actually aku pun sik maok nak cita lebih-lebih ba..tetapi tindak tanduk uncle aku yang x berapa nak dekat ngan kamek orang tok dah keterlaluan...dengan mak bapak sendirik pun mauk kedekut tahap bahil...ntah apa-apa ntah...
k...malas nak cita lebih-lebih pasal ya...

then..on da way mek orang nak ke miri...we stop at few pit stop la konon...hehehe...actually dalam setiap daerah plus bandar yang mek org singgah ya..mek org akan sesat...hehehe...paling lawak time kat sibu...sesat tiga kali..hahaha...my dad la...madah lamak gilak dah sik drive kat sibu sampei sesat ntah cney-cney ntah...nasib baik kawan nya ada nolong berik map..ya pun dah makei map leh sesat gik..hahaha....

then....after singgah kat bintulu...finally we arrived at miri at noon...eerrm...second time in miri..this time i ambik peluang untuk jalan-jalan sekitar miri...me..my own..drive in miri..bangga la ckit tek...nakpa ka?! hahaha....sakai!actually xda la cney2 aku raun-raun kat miri..mek org stay kat umah aunt ku kat kampung lereng bukit ka...apa ka...aku pun x brapa nak sure...best la juak...then gago ulang alik dari kampung ke taman da sing...taman dasing tok..aunt ku diam sia...yang umah kampung ya...just for guest jak...so..makan minum mek org semua kat umah kat taman da sing nun...enjoy la..all my kaum kerabat dari semenanjung, kuching n samarahan berkumpul..rasa raya da juak..paling best NORDIN pun sanggup terbang dari semenanjung ke miri....hahaha....DIN...akan ku tuntut janji-janji mu...once ko balit smarahan la...before wedding ceremony ya..mek org di mbak raun-raun sekitar miri..and raun kat golf club tempat wedding ya berlangsung...ntah pa nama golf club ya aku pun x ingat....golf club ya pun blakang rumah mek org diam ya jak..so x la jauh ney....and yang paling best..boulevard miri....aku pun xtauk kenakla aku xcited gilak dengan boulevard miri nun...sakai kali....hahaha....raun-raun kat sia sampei 4 kali...nakpa ka?...actually sia jak aku senang nak pegi...coz nya depan rumah mek org jak....then adalah juak singgah kat pasar tamu..meli VE-CHIEN..seriously...aku xpernah tauk kewujudan benda ya..yang aku tauk AJI-NO-MOTO jak..hehehe...gagola my mum berbeli benda ya....k buah tangan kata dirik....

the wedding ceremony ok la juak.....nak kata meriah glak..xla juak...nak kata x meriah pun x juak...sedang-sedang..hehehe...but all the singers and live band yang di jemput..seriuosly nang terukla....ntah apa-apa ntah bunyi sora yang keluar...aku tok sik la pandey glak nak komen sora-sora orang...but mun dah di dengar nak k sakit telinga....gney ya?...nang jaik la sora cdak....adoi!...nganok sora orng indah aku tok....

the next day mek org gi pantei....aku pun x ingat pa nama pantei ya..kacak la..nang mun makei filem mauk 4-6 ingek abis k bergambar ajak eh....nasib makei digital pun..hahaha....mek org sempatla berkelah..bermandi manda di pantei miri..nak pa ka?...

after all the sweet a bit sour memory in miri..it's time for us to go back..balik kampung....and my bad-sad-memories started...huh...i wish i'm not in the konvoi team with my uncle..my bad uncle that i ever had.....huh...ah..penat dah tangan ku naip tok..kelak cita gik

love_piece