BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 17, 2009

Holi...dey...

Holiday...Cuti...Errm...Hari-hari yang dinantikan dan dihindarkan oleh manusia. Dihindari? Pelik bunyinya. Tapi bagi yang gila berkerja, cuti adalah satu seksaan bagi mereka. Kenapa? Sebab hidup mereka hanyalah untuk kerja. Sini kerja, sana kerja. Kiri kerja, kanan kerja. Bila diberi cuti, mulalah macam cacing kepanasan. Tak tahu nak buat apa.Tapi ada juga yang apabila terlampau banyak tekanan kerja, menantikan saat cuti ibarat menunggu prince charming datang meminang...(eermm...apaka?!)

Well, bercerita pasal cuti, aku ingin berkongsi kegembiraan saat-saat manis percutian yang jarang aku ada. Bercuti?...Macam jarang jak dapat polah....Eerrmm...

Random pictures i took with my family....





pjul a.k.a adek bongsu...errm...pa ka dipolahnya?


nana n pjul pose...ing

me n nana...errmm...sapa kakak sapa adek oo...?





Some more pics...



rasa kacak jak...hahaha



errmm...aku pun xpasti apa pose tok...macam ultraman jak...


happy moment...



pic paling memorial...tapi...ni kaki aku o?


apa ka yang dimenongkan? errm...






love_piece




L.O.V.to the A

Dia berjalan
Aku memerhati
Dia tersenyum
Aku menjeling
Dia berkata-kata
Aku berbisik-bisik
Inikah cinta?
Setiap kali dia lalu di hadapanku
Aku buat tak tahu
Namun jika suatu hari dia tiada
Aku mencari-cari
Inikah cinta?
Dia nakal
Aku diam
Dia ponteng
Aku hairan
Namun,ku buat tak tahu
Walau dalam hatiku bertanya
Sihatkah dia
Dimanakah dia
Kenapa dia tiada
Ah,inikah cinta?
love_piece

Saturday, February 14, 2009

I'm Sorry...

I'm Sorry...

Jika kata-kataku menyinggung perasaanmu, bukan bermaksud untuk menyakiti, tapi kadang-kala kelancangan mulutku di luar kawalan. Aku berharap engkau mengerti.

I'm Sorry...

Jikalau aku tidak dapat menemanimu. Bukan niatku untuk membelakangimu, namun kadang-kala kita terlalu berbeza. Terdapat batasan yang harus ku jaga.

I'm Sorry...

Jika aku tidak dapat menepati janjiku. Tiada alasan untuk aku memungkirinya, namun aku manusia biasa, tidak terlepas daripada kelalaian yang tidak berkesudahan.

I'm Sorry

Jika lagakku menyakiti pandanganmu. Bukan bermaksud untukku sombong, bongkak. Kadang-kala aku tidak sedar yang expressi diriku menjadi eyesore kepadamu.

I'm Sorry

Jika aku gagal untuk berterus-terang. Bukan bermaksud untuk menipu, cuma ketika itu diam adalah tindakan terbaik yang ku fikir elok untuk semua. Tapi hingga ke akhirnya akan ku cuba untuk berterus terang. Kerana bagiku itulah jalan yang terbaik untuk sesuatu permasalahan.

I'm Sorry

For everything yang aku sedar mahupun kurang sedar sekalipun tidak sedar langsung yang menyebabkan mu kurang senang, setengah tak senang mahupun sepenuh tidak senang.

love_piece

Friday, February 13, 2009

Sarang...

Love, cinta, ai, sarang atau apa-apa saja perkataan yang digunakan untuk mendefinisikan suatu perasaan yang sememangnya tak mampu diungkapkan dengan hanya satu ayat mahupun perkataan, sebenarnya.

February 14, special day for couples, hari yang dinantikan oleh mereka yang berada di zone cinta; baru memulakannya, sedang merasainya mahupun bakal mengakhirinya. Bila berbicara mengenai hari ini, banyak pendapat yang kukutip daripada mereka yang berada di sekelilingku. Ada yang beranggapan bahawa hari ini hanyalah hari biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan ada juga yang beranggapan bahawa hari ini adalah hari yang istimewa dan harus di sambuti. Errmm...

Seorang teman pernah memberitahu bahawa menyambut Valentine samalah seperti kita menyambut kemerdekaan. Tiap-tiap hari kita merdeka, namun kenapa harus ada satu hari khas untuk kita merayakannya? Sama juga seperti Valentine, tiap-tiap hari kita bekasih sayang, tetapi kenapa ada satu hari kita meraikannya? Bagiku...terpulang kepada individu. Bukan aku yang memutuskan samada patutkan mereka meraikannya, ataupun sebaliknya.

Hari ini aku pasti kalian mempunyai pelbagai agenda tersendiri untuk menyambut Valentine...Dan aku?...Tiada apa yang istimewa untuk hari ini. Hanya mampu berbicara dengan seseorang yang jauh di mataku.Dan ditemani lagu-lagu romantik pelbagai bahasa terutama bahasa Korea. Aku pencinta musik, tak kiralah dari mana pun asal musik tersebut, jika sedap di halwa telingaku, pasti menjadi kegemaranku. Saat ini, hanya 5 lagu yang menjadi penemanku. Dengan pelbagai masalah yang menimpa, hanya 5 lagu ini yang sesuai dengan mood aku yang tidak menentu ini. Errm...di sini aku listkan lagu-lagu kegemaran.

1. Haeng Bok Ha Gil BaRae
2. Nun Yi Kkot
3. Biga
4. I Jugil Nome Sarang
5. Hwa Shin


"...everything was a dream. Even you have a path to go on, and i have a path i have to go on, i know the difference. In the world where you and i stayed, did you know that you are special person? Why do you put me through such a hard loneliness? It was that i only looked, a love that i can't have, is that just fate?..."

love_piece

Thursday, February 12, 2009

Coretan Befday...

Bercerita mengenai birthday, aku terkenang kembali saat bersama-sama dengan tiga orang kawan baikku sewaktu di sekolah menengah. Ketika itu banyak kejadian yang lawak dan memalukan terjadi di antara kami. :) Jika hendak dicerita, sampai ke page 12 pun belum tentu akan habis. :) Tetapi waktu sememangnya mencabar persahabatan kami. Kini, jangankan hendak menyambut bersama, hendak bercakap dalam telefon pun susah. Orang kata teknologi dapat mengeratkan lagi sesuatu perhubungan, namun dalam situasi kami, teknologi seakan-akan memburukkan lagi keadaan. Bukan menidakkan kelebihan dan kebaikkan teknologi, kedang-kala teknologi membuatkan manusia semakin alpa. Entahlah...

Birthday present merupakan pemberian yang selalu kita dapat sempena ulangtahun kelahiran kita. Dan aku juga tidak terlepas untuk menerimanya. Birthday present mengingatkan aku dengan hadiah yang paling aku tidak akan lupa. Music card pemberian sahabat baikku merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidupku. Music card mungkin bunyinya biasa bagi kalian, namun music card yang aku terima daripada si dia adalah buatan sendiri! I can't described my feeling at that moment! Umpama diri ini begitu di hargai. Namun, music card yang aku simpan dengan begitu lama hilang juga di dalam genggaman. Seakan memberi petanda ribut yang bakal melanda dalam perhubungan kami. Entahlah, mungkin ketaksuban aku dengan mitos-mitos sebegini menyebabkan aku semakin was-was dengan perhubungan kami. Atau mungkin aku juga terlampau berfikiran negatif dalam hal ini?

Di saat sebegini, ingin aku kembali kepada zaman sewaktu berada di sekolah menengah dulu. Waktu itu, banyak suka duka yang kami lalui bersama. Hanging out together time weekends, after tuisyen class, pergi lepak-lepak sekitar Kuching and macam-macam lagi aktiviti yang kami lakukan bersama. Ah, teringat pula aku dengan Freak a.ka Chong Chin. I really miss u this time around. Well, God must love u more than we do.:(

Semakin lama aku bernafas di muka bumi ini, semakin banyak dugaan yang harus aku lalui; persahabatan yang semakin menjauh, tekanan dalam pelajaran dan konflik dengan teman-teman seperjuangan. Pengalaman mematangkan aku, namun jika di hujani dengan keterlampauan, manusia mana yang mampu bertahan? Aku juga insan biasa, banyak kelemahan yang aku sendiri tidak mampu untuk perbaiki.

Saat papan kekunci ku ligat mengalunkan rentak, baru ku sedar betapa pentingnya kalian dalam hiduplku. Bagiku kini, tiada satu pun hadiah yang paling berharga yang mampu mengatasi hadiah yang selama ini kita tak pernah terfikir. kita anggap ia enteng.
FRIENDSHIP.Senang untuk dicari, sukar untuk dipertahankan. Kawan datang dan pergi, namun ku harap kalian akan setia disisi.

Di setiap sudut di muka bumi ini yang pernah aku singgahi, aku bertemu ramai kawan, sahabat, teman mahupun rakan. Mereka istimewa, menyenangkan. Namun, mereka semua tidak seperti kalian berdua. Ada sesuatu dalam diri kita bertiga yang menjadikan kita SATU.


love_piece







Happy Birthday...

Hari ini genaplah umur kawan baikku, keyroon yang ke-22. Nampaknya, makin bertambahlah ahli keluarga -22- . Biarpun masing-masing sibuk dengan urusan rasmi; kerja-kerja makmal dan assignment yang perlu di hantar dalam masa 2 miggu lagi, aku dan Keyroon tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut hari yang istimewa ini bersama. Rancangan last minute ini berjaya dengan jayanya dengan greenlight yang diberikan oleh Aman....both of us plan to go out with Aman's car. Pinjamlah maksudnya. :)

Well, bukan kuantiti yang kami cari, tetapi kualiti yang kami pentingkan. Banyangkan, keluar dari UNIMAS tepat pada pukul 12 tengah malam dan kembali semula ke UNIMAS pada pukul 3 pagi. Errm...memang sekejap, tapi penuh makna. Sudah lama aku tidak merasa keluar seperti ini semenjak mereka dua tiada di sisi. They are too far away even one of them is so near to me. But they'll be always in my heart.

love_piece

Tuesday, February 10, 2009

The first day...

This is my first post for my new Ilham Abady.

Untuk permulaan bicara di singgah Ilham Abady, ingin aku berkongsi pengalaman yang selama ini telah ku kutip di setiap sudut penghidupanku. Bak kata orang, semakin lama kita bernafas, semakin banyak yang kita harungi. Setiap langkah, kata, tingkah laku kita akan menjadi penentu kepada bentuk kita di masa akan datang.

Masih terbayang-bayang lagi aku dengan ayat 'what goes around comes around' yang kini menjadi penghuni setia di whiteboard makmalku...errm..bila ku fikir kembali, ayat yang simple ini membawa kepada banyak maksud kepada diriku dan juga mungkin kepada kalian semua.

what goes around comes around....kalau di melayukan pepatah ini...bermaksud berbuat baik di balas baik, buat jahat tahula akibatnya nanti. Apa yang kita lakukan, baik mahupun jahat, kepada orang lain, kita akan mendapat balasan yang sama. Jika tidak daripada orang itu, orang lain yang akan bertindak seperti itu. Balasan yang diterima tidak semestinya sama dengan apa yang kita pernah lakukan, kalau kita berbuat jahat dengan cara A, maybe kita akan dibalas dengan cara B.

Kadang kala terpulang kepada kita untuk meng definisikan perbuatan yang kita buat kepada orang mahupun perbuatan yang orang lakukan kepada kita. Different people have their own different definition on certain things. Situasi ini yang boleh menimbulkan konflik terhadap sesuatu hubungan. Di sinilah kita harus bijak menangani sesuatu permasalahan. Seharusnya setiap ketidak puasan hati terhadap sesuatu situasi harus diselesaikan dengan konfrontasi. Konfrontasi dalam konteks ini ialah cara di mana kedua-dua pihak harus bersemuka, dalam keadaan tenang dengan emosi terkawal. Memang susah untuk melakukan semua itu, tapi jika tidak diselesaikan dengan sepatutnya dan secepat yang boleh, ketegangan berlarutan dan kita sendiri pun yang akhirnya akan sengsara. Bergembira di atas kedukaan orang lain, cara yang paling memalukan. Kemenangan itu kah yang kita cari di atas muka bumi ini? Adilkan untuk kita menang dengan cara sebegitu rupa?

Entahlah, aku sendiri pun kekadang di kawal oleh emosi, bukan aku yang mengawalnya. Senang untuk dikata, namun susah untuk dilaksanakan. namun, mencuba lebih baik daripada berdiam sahaja. Bagiku, orang yang takut untuk bersemuka sama saja takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka takut jika mereka kalah di medan perjuangan yang mereka cipta sendiri. Disebabkan itu mereka lebih suka untuk berkata di belakang daripada berterus terang.

Dan ...bagiku...kita harus menerima sesuatu perubahan dengan fikiran yang terbuka. Sesuatu yang lain daripada biasa mungkin boleh menimbulkan kejanggalan atau ketidaksenangan bagi mereka yang sudah sebati mahupun terbiasa dengan sesuatu keadaan, tetapi kita harus bijak menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Jika sekarang ini kita gagal, bagaimana kita hendak berhadapan dengan perubahan yang lagi besar dan lagi mencabar?

love_piece...