BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 20, 2011

OoO..eN SpekY..oOO..my MuM

Lama sudah tidak berkarya di laman sendiri...kesibukan dengan duniawi memaksa diri melupakan seketika ruang cetusan hati..membiarkan segala gelodak perasaan terperangkap di dalam dada tanpa diluahkan disini....

Luahan rasa bermula dengan kisah keluarga ku...

Ibu....sekarang berada dalam keadaan berjaga-jaga. kenapa? sesuatu yang tidak disangka tengah berlaku dan cuba menghancuri kebahagian kami sekeluarga sekarang ini...mungkin telah menghancuri....ku redha dengan pemergian dia yang ku sayang..tapi perkhabaran dari ibuku merangut ketenangan yang ku pamerkan selama ini. ku yakin engkau cuba sedaya upaya menghapuskan kami sekeluarga, namun jika DIA masih tidak memberi kebenaran, jangan kau bermimpi di siang hari. aku pasrah jika itu takdirNYA, namun aku bukan pengalah di medan pertempuran yang kau mulakan. akan ku perjuangkan kebahagian ini demi keluargaku.

Ibu, sama-samalah kita mengharungi musibah ini. aku tahu kau kuat..kau wanita terhebat yang pernah ku jumpa, ku miliki dan ku sayangi. dia telah meninggalkan kita, namun kau harus kuat Ibu, bersabarlah dengan dugaan ini. anakmu disini sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di seberang sana...

kisahku dihantui ole mr speky

entah mengapa sejak kebelakangan ini mr speky muncul semula dalam diary kehidupan ku? pengalaman bersama mu amat memeritkan. kesedihan dan kepedihan itu, memakan masa untukku sembuh. aku mengelak daripada ia untuk berulang kembali, dan kali ini, dia bermula lagi.

oh Tuhan, apa sebenarnya yang berlaku? apa sebenarnya yang dia mahukan?aku? semestinya aku mahukan dia. aku kira dia faham segala tingkah laku dan perbuatan ku selama ini. dan dia? entah, aku pun tidak mengerti. ada kalanya, aku dilayan bagai puteri, adakalanya, pandangannya pun tidak sudi menyapa diri.

aku tahu perhubungan kami...jika ianya berlaku...tidak mungkin akan berlaku...dia milik cik ana, walau tiada pengiaan darinya mengenai cik ana, dari riak itu, kesungguhan itu, aku tahu hatinya untuk cik ana, tapi mengapa dilayan aku sebegitu rupa?

aku mengelak, benar, sungguh. ditahan hati untuk bertanya khabar, dipaksa diri untuk enggan memikirkan dia, dicuba perasaan untuk tidak mengimpikan sesuatu yang indah...bersamanya...berkali-kali mengelak, namun sehingga ke hari ini, masih gagal.

suatu ketika dulu, ianya reda seketika. sahabat dan kazen tempatku mencurah rasa, menghapus duka kerana mainan perasaan yang aku mulakan sendiri. aku kecewa, ia. sungguh. tapi ia umpama pengalaman yang mendewasakan aku untuk menjadi lebih baik dalam jalur kehidupan yang satu ini. dan aku selepas itu, bangkit dari kecewa, melayan mu seperti teman biasaku yang lain, setelah hati ku tetapkan yang kau bukan untukku.

kini, entah kenapa, kau memulakannya lagi. kali ini, bukan aku pemula kata, pemula bicara. dan aku yakin itu. kau memulakan, dan aku makin hanyut dalam drama yang kau mulakan. namun kali ini, ku rasakan aku makin matang untuk menerajui drama arahanmu. ku cuba tinggikan egoku, enggan untuk senang terjerat dalam permainan kata-katamu. aku sedar, aku berpijak di bumi yang nyata, menetapkan di minda yang kau adalah untuk cik ana. dan aku membuat penetapan..yang aku hanyalah cebisan untukmu menghilangkan kebosanan di saat itu.

tetapi, kali ini, ku rasakan permainan mu terlampau hebat. strategi yang kau aturkan hampir membuatkan aku tewas. dan ketika itu, suara disisi mengingatkan...

kau harus nekad. kau harus sedar siapa kau sebenarnya disisinya. dia punya cik ana. kau hanyalah teman dikala dia kebosanan. kau dan cik ana terlalu berbeza. jangan cepat hanyut dalam permainannya kali ini. sekali itu, kau hanyut. kau mengerti dan kau tangisi kesengsaraan dan kesakitan hasil daripada permainannya dulu, bukan? mahukan kau mengalaminya, untuk sekali lagi?

walau suara disisi itu selalu mengingatkan. kengkadang aku leka. ada kalanya gelodak perasaan, keinginan itu terlalu kuat untuk ku hindar. aku lakukan juga perkara yang dulu, seperti dulu. ku buang perasaan malu itu. dia tidak menjawap; aku marah. tapi selepas itu, aku tidak pernah belajar dari kesilapan dulu. ku buat lagi. masih dengan tindakan nya yang sama. entah. kedegilan aku ada kalanya membuatkan aku seperti dungu menunggu kasih yang tidak sudi.

awak, apa sebenarnya mahumu? awak layan saya apabila awak nak. awak buang saya bila awak mahu. awak ingat saya ini apa? cara awak seolah-olah menginginkan apa yang selama ini saya inginkan... saya bukan dungu dalam hal ini awak. dan saya pasti awak bukan tergolongan dalam golongan itu juga, bukan. jadi, apa sebenarnya permainan awak ini? awak keliru? dilema? atau awak takut untuk mencuba? takut gagal?

lantas, apa sebenarnya? kengkadang saya cuba ingatkan awak, jangan awak hanyut dalam permainan yang awak mulakan. aneh bukan? saya seronok, indah dunia saya awak buat saya gumbira. tapi selepas itu, saya ingatkan awak kembali..kepada cik ana...tapi awak seolah-olah memandang sepi peringatan saya dan terus dengan permainan awak itu. sungguh saya tidak mengerti.

awak, apabila kita menghabiskan masa bersama, saya sangat gembira. dalam fikiranku, biarlah aku menikmati saat-saat indah ini selagi ada waktu dan kesempatan. akan saya semat dalam hati saya saat-saat indah yang kita lalui itu. mungkin bagi awak, ianya tiada maksud apa-apa. tapi bagi saya, ianya suatu yang indah...

kengkadang saya hairan, awak seolah-olah tidak ingin mengakuinya. awak seolah-olah ingin kebahagian itu, diketahui oleh saya dan awak sahaja. awak, tiada yang salah apa yang kita buat selama ini. dan saya yakin mereka juga mengerti, kenapa awak begini? awak takut dengan bayangan sendiri? itu yang membuatkan saya..sehingga hari ini, gagal menilai apa sebenar mahu mu...

salahkan saya berterus terang jika ada yang bertanya? apa salah saya? kenapa awak seolah takut dengan perbuatan sendiri? jika awak tidak berani mengambil risiko , jangan mulakan dulu. dan selepas itu awak seolah-olah menyalahkan saya atas semuanya..apa ini? entahlah awak... saya sedih diperlakukan begitu, dan kali ini...untuk drama seterusnya...saya ikut rentak awak..saya buat rentak sendiri..strategi sudah ada dalam fikiran saya..cuba untuk menyusun supaya ianya menjadi lebih dramatik. kali ini saya ingin mencuba untuk memahami apa sebenarnya kemahuan awak.....berpegang kepada awak milik cik ana, saya ingin menilai sejauh mana kebenaran yang saya pegang selama ini. saya ada tafsiran ...mengenai sebab musabab awak berperangai sebegini..cuma kali ini saya ingin ketahui kebenaran disebalik telahan saya...

awak....

jika betul awak takdir saya, saya terima dengan seadanya...jauh disudut hati saya, awak yang saya mahu.
namun, ada jurang di antara kita...jurang yang terlampau besar.....
dan jika awak bukan takdir saya, saya terima, seadanya..kerana..saya tahu..ada yang lebih baik menanti untuk saya....

love_piece

0 comments: