BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 14, 2009

I'm Sorry...

I'm Sorry...

Jika kata-kataku menyinggung perasaanmu, bukan bermaksud untuk menyakiti, tapi kadang-kala kelancangan mulutku di luar kawalan. Aku berharap engkau mengerti.

I'm Sorry...

Jikalau aku tidak dapat menemanimu. Bukan niatku untuk membelakangimu, namun kadang-kala kita terlalu berbeza. Terdapat batasan yang harus ku jaga.

I'm Sorry...

Jika aku tidak dapat menepati janjiku. Tiada alasan untuk aku memungkirinya, namun aku manusia biasa, tidak terlepas daripada kelalaian yang tidak berkesudahan.

I'm Sorry

Jika lagakku menyakiti pandanganmu. Bukan bermaksud untukku sombong, bongkak. Kadang-kala aku tidak sedar yang expressi diriku menjadi eyesore kepadamu.

I'm Sorry

Jika aku gagal untuk berterus-terang. Bukan bermaksud untuk menipu, cuma ketika itu diam adalah tindakan terbaik yang ku fikir elok untuk semua. Tapi hingga ke akhirnya akan ku cuba untuk berterus terang. Kerana bagiku itulah jalan yang terbaik untuk sesuatu permasalahan.

I'm Sorry

For everything yang aku sedar mahupun kurang sedar sekalipun tidak sedar langsung yang menyebabkan mu kurang senang, setengah tak senang mahupun sepenuh tidak senang.

love_piece

0 comments: