BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 13, 2011

kepada awak..

ye ..awak yang saya maksudkan...awak yang tak mungkin akan baca nukilan hati saya...memang tak mungkin...

awak,
kenapa awak tak reply sms saya, kenapa tak jawap call saya? awak belum bersedia ek? saya memang fikir secara positive ketika itu,

awak,
dulu bila saya dilanda musibah, awak selalu ada untuk menghiburkan hati saya, sehingga hilang sedikit keresahan dihati, kesedihan saya ketika itu..walaupun besar dugaan yang saya tempuhi, awak sentiasa ada, walau awak jauh,

awak,
ketika saya terima berita itu, awak dekat dengan saya, awak jaga saya, sehingga saya selamat sampai naik flite, awak siap tanya lagi...kenapa kawan awak tak temankan saya sehingga saya naik flite, saya cakap, "kesian dia, nanti kena charge mahal lak kalo tunggu saya"

awak,
semenjak saya kembali ke sini, awak nampak makin mengelak dari saya. saya tak paham awak...kenapa awak buat begitu.....tapi saya cuba fikir postive..mungkin awak tak nak gosip itu menjadi...

awak,
sejak awak suruh "kawan baik" awak duk rumah saya hari tu, saya tahu sudah siapa saya dihati awak, mungkin saya yang perasan sebenarnya, tak apalah awak..walaupun awak tak pernah mengaku hubungan awak dengan "kawan baik" awak itu, bila saya tengok awak sanggup drive ke kl tengah malam dek kerana alasan yang tak masuk akal, saya tahu siapa saya disisi awak. saya tanya awak malam itu "takda orang lain ka?" awak mungkin perasan intonasi saya yang kurang menyenangkan bila tau awak nak drive malam-malam ke kl, sudahlah penat dengan kerja dan tournament, memang saya tahu dia sememangnya "seseorang" dihati awak.

awak,
cuma saya sangat ralat, kenapa awak tak pernah berterus terang dengan saya tentang status awak selama ini? kenapa perlu biar hati saya terus mekar dikala awak sudah berpunya?

awak,
sepanjang "kawan baik" awak duk kat umah saya, saya cuba bagi layanan yang terbaik..walhal dalam hati saya...hanya tuhan yang tahu betapa pedihnya hati saya. saya tahu yang awak pun tahu yang saya punya perasaan pada awak, tapi kenapa awak letak jugak "kawan baik" awak tu di rumah saya? kenapa saya tak tolak saja permintaan awak kan? bodohnya saya. macam mana saya nak tolak kalau awak yang mintak?

awak,
sakit hati saya tengok bukan saya yang keluar dengan awak. lepas dia keluar, "kawan baik" awak akan cerita saat manis dia dengan awak. Ya Allah, sakit betul, mmg pedih hati saya dengar. tapi saya pendam kan saja. biarlah saya seorang sakit hati. asal awak bahagia.


awak,
bila saya dapat tahu emak awak meninggal hari itu, saya cuba untuk tahan air mata saya untuk jatuh. entahlah, saya rasa sangat sayu sangat. saya control diri saya untuk jadi seperti biasa. supaya tak nampak ketara. awak, saya tahu awak sedih sangat, air mata yang jatuh itu nampak sangat memilukan. saya tengok awak, saya nampak kesedihan itu, cuma, saya mampu untuk berkata," be strong k". saya tak mampu nak mengungkap lebih, kerana air mata ini sukar untuk dikawal.

awak,
waktu semua orang sibuk nak pergi ke rumah awak, saya nakkkk sangat nak ikut, tapi saya pendamkan saja dulu. biarlah orang yang lagi penting pergi. siapalah saya kan? waktu saya tahu yang saya tak dapat pergi sebab tempat dah penuh, sedeh betul saya. tapi tuhan nak bagi saya pergi, cik saadah offer pulak tempat untuk saya. akhirnya niat saya tercapai jugak.

awak,
semasa kat rumah saudara awak aritukan, saya sebenarnya berperang dengan perasaan saya sendiri. "kenapalah bukan saya di hati awak"...kawan baik saya cakap, seseorang yang lebih baik daripada awak yang bakal bertakhta di hati saya...tuhan tak bagi awak dekat saya sebab awak bukan yang terbaik untuk saya...mulut saya mengiakan..tapi dalam hati saya ..? hurm....

awak,
disaat ini, awak mungkin tak perlukan saya. tapi ketahuilah, yang saya sentiasa ada disaat awak memerlukan seseorang.oh ya, seseorang itu tak mungkin saya, tapi "kawan baik" awak itu kan. patutlah awak nampak sangat mengelak dari saya. tak apalah, saya tahu siapalah saya dihati awak kan.

tapi kan awak,
awak tahu tak betapa sakitnya hati ini bila awak buat saya macam itu? bila awak tak pedulikan saya? awak, saya ambil berat sebagai kawan awak, kawan baik awak....awak, selama ini, saya pendam saja perasaan saya ketika bersama awak. saya tak nak menguntum kasih lagi, menginginkan sesuatu yang tak mungkin berlaku, saya pendam semua impian saya. dikala saya tersiksa sangat dengan perasaan saya sendiri, saya minta pertolongan sahabat baik saya dan juga saudara rapat saya, untuk memberikan semangat, supaya saya berpijak dibumi yang nyata. sungguh sakit sangat dugaan yang perlu saya lalui sekarang. selalu saya menyimpang dari matlamat saya sebenar..semuanya kerana awak....tapi, saya tak pernah salahkan awak.. pendek kata..yang bersalah nya tetap saya....

tapi kan awak,
walau macam mana pun awak buat kat saya, bagi saya happy, buat saya sedih, tak pedulikan saya....saya tetap ingat awak. walau macam mana saya cuba lupakan awak, saya cari yang lain, saya mengadu domba cerita keburukan awak kat teman baik saya, tetap jugak hati awak yang saya rindu, awak yang saya cari keesokkan harinya. saya pelik betul dengan diri saya..selama ini, belum pernah rasanya saya rasa begini, kalau ada pun, belum sampai tahap ini...

awak,
saya tak berani nak mengaku yang saya cintakan awak...saya hanya berani mengaku yang awak merupakan HABIT saya. apa itu HABIT, teman baik saya akan faham. kenapa saya tak berani mengaku awak cinta? sebab saya pernah gagal dalam cinta....terlalu cepat menilai perasaan sebagai CINTA..akhirnya saya tewas, saya menyesal...memang betul saya menyesal..tapi saya jadikan ianya pengajaran....banyak-banyak manusia yang saya kenal...kenapa AWAK HABIT SAYA?

awak,
selepas ini, saya rasa saya dah give up dah nak jadi kawan awak...walau sekadar kawan, saya rasa penat sangat. saya nampak awak sangat mengelak darpada saya sekarang.fahamlah saya. ataupun awak perlu masa untuk bersendiri. ENTAH. saya bukan penilai yang bijak. cuba saya sangat terasa hati bila awak buat saya macam ini. hanya......saya nak ucapkan terima kasih kerana ada ketika saya dalam kedukaan, mengembirakan hati saya ketika saya kesedihan. dan ada ketika saya dalam kesusahan. thank you so much. saya cuba taknak ganggu awak lagi. biarlah, saya mengalah. saya penat sangat menahan air mata yang kengkadang tumpah disebabkan awak. saya ingin menangis untuk diri sendiri, untuk keluarga saya...dan awak, biarlah awak jadi kisah silam saya.

love_piece


0 comments: