BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 10, 2009

The first day...

This is my first post for my new Ilham Abady.

Untuk permulaan bicara di singgah Ilham Abady, ingin aku berkongsi pengalaman yang selama ini telah ku kutip di setiap sudut penghidupanku. Bak kata orang, semakin lama kita bernafas, semakin banyak yang kita harungi. Setiap langkah, kata, tingkah laku kita akan menjadi penentu kepada bentuk kita di masa akan datang.

Masih terbayang-bayang lagi aku dengan ayat 'what goes around comes around' yang kini menjadi penghuni setia di whiteboard makmalku...errm..bila ku fikir kembali, ayat yang simple ini membawa kepada banyak maksud kepada diriku dan juga mungkin kepada kalian semua.

what goes around comes around....kalau di melayukan pepatah ini...bermaksud berbuat baik di balas baik, buat jahat tahula akibatnya nanti. Apa yang kita lakukan, baik mahupun jahat, kepada orang lain, kita akan mendapat balasan yang sama. Jika tidak daripada orang itu, orang lain yang akan bertindak seperti itu. Balasan yang diterima tidak semestinya sama dengan apa yang kita pernah lakukan, kalau kita berbuat jahat dengan cara A, maybe kita akan dibalas dengan cara B.

Kadang kala terpulang kepada kita untuk meng definisikan perbuatan yang kita buat kepada orang mahupun perbuatan yang orang lakukan kepada kita. Different people have their own different definition on certain things. Situasi ini yang boleh menimbulkan konflik terhadap sesuatu hubungan. Di sinilah kita harus bijak menangani sesuatu permasalahan. Seharusnya setiap ketidak puasan hati terhadap sesuatu situasi harus diselesaikan dengan konfrontasi. Konfrontasi dalam konteks ini ialah cara di mana kedua-dua pihak harus bersemuka, dalam keadaan tenang dengan emosi terkawal. Memang susah untuk melakukan semua itu, tapi jika tidak diselesaikan dengan sepatutnya dan secepat yang boleh, ketegangan berlarutan dan kita sendiri pun yang akhirnya akan sengsara. Bergembira di atas kedukaan orang lain, cara yang paling memalukan. Kemenangan itu kah yang kita cari di atas muka bumi ini? Adilkan untuk kita menang dengan cara sebegitu rupa?

Entahlah, aku sendiri pun kekadang di kawal oleh emosi, bukan aku yang mengawalnya. Senang untuk dikata, namun susah untuk dilaksanakan. namun, mencuba lebih baik daripada berdiam sahaja. Bagiku, orang yang takut untuk bersemuka sama saja takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka takut jika mereka kalah di medan perjuangan yang mereka cipta sendiri. Disebabkan itu mereka lebih suka untuk berkata di belakang daripada berterus terang.

Dan ...bagiku...kita harus menerima sesuatu perubahan dengan fikiran yang terbuka. Sesuatu yang lain daripada biasa mungkin boleh menimbulkan kejanggalan atau ketidaksenangan bagi mereka yang sudah sebati mahupun terbiasa dengan sesuatu keadaan, tetapi kita harus bijak menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Jika sekarang ini kita gagal, bagaimana kita hendak berhadapan dengan perubahan yang lagi besar dan lagi mencabar?

love_piece...

0 comments: